Cukai jualan dikenakan ke atas produk import dibeli dalam talian

August 1, 2022 · Isu semasa

Rakyat Malaysia tidak lama lagi perlu membayar cukai jualan – mungkin kira-kira 10 peratus – ke atas semua barangan import bernilai rendah (LVG) yang mereka beli menerusi dalam talian.

Ia susulan cadangan pindaan kepada Akta Cukai Jualan 2018 untuk mengenkan cukai jualan LVG melalui Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan (Pindaan) 2022.

RUU itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa untuk bacaan kali pertama dan dijangka diluluskan oleh Dewan Rakyat pada sidang semasa yang akan berakhir Khamis ini (4 Ogos).

Di bawah RUU itu, Seksyen 11A baharu akan diwujudkan yang akan mentakrifkan LVG sebagai “sebarang barangan atau kelas barangan yang ditetapkan di luar Malaysia yang dijual dan dibawa masuk ke Malaysia”.

Undang-undang baharu itu akan meliputi kedua-dua penjual, di dalam atau di luar Malaysia, yang menjual LVG di “pasaran dalam talian atau mengendalikan pasaran dalam talian” untuk penjualan dan pembelian LVG.

Tahun lepas, ketika membentangkan Belanjawan, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata LGV akan dikenakan cukai.

Sementara itu menurut Bernama Malaysia secara dasarnya bersetuju untuk melaksanakan cukai minimum global sebanyak 15 peratus kepada sesetengah syarikat multinasional.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Mohd Nizom Sairi berkata Malaysia adalah antara 136 negara yang diumumkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sebelum ini sebagai negara yang sudah bersedia melakukan reformasi sistem percukaian antarabangsa itu.

Menurutnya reformasi sistem percukaian antarabangsa itu dijangka dilaksanakan pada 2023 secara global dan Malaysia akan mematuhi ketetetapan yang diputuskan di peringkat OECD.

“Malaysia memang melibatkan diri secara aktif dalam the working group discussions untuk memastikan kepentingan negara dan ekonomi membangun seperti Malaysia tidak ketinggalan dalam penentuan dasar cukai oleh OECD,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Polisi Cukai Malaysia ke-3, di Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Nizom berkata pelaksanaan sistem cukai itu adalah untuk memastikan entiti perniagaan membayar cukai secara adil di negara hos dan mengelak kebocoran cukai.

Bagi memastikan firma multinasional membayar cukai yang sewajarnya, LHDN akan membangunkan strategi komprehensif untuk menangani risiko pematuhan cukai antarabangsa selain menggesa firma multinasional untuk lebih telus, katanya.

Katanya LHDN juga sedang memantau syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia dan syarikat tempatan yang beroperasi di luar negara bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen pemindahan harga.

“Di bawah Cawangan Cukai Multinasional LHDN, hampir 3,000 syarikat multinasional dalam pemantauan LHDN. Bagi syarikat tempatan tidak banyak…bukan semua wujud elemen pemindahan harga itu tapi kita pantau secara rapi.

“Kebanyakan syarikat antarabangsa membabitkan perniagaan rentas sempadan tetapi bagi syarikat dalam negara, jika berlaku pemindahan harga ia (berlaku) antara kumpulan dalam syarikat itu (jika) ia menikmati cuti percukaian atau insentif percukaian apabila kadar cukai adalah rendah,” katanya.

Harga pemindahan merupakan harga yang ditentukan untuk urus niaga yang berlaku antara dua atau lebih entiti berkaitan dalam organisasi pelbagai syarikat.

Berita berkaitan
Rayuan Najib dan anak dalam kes tunggakan cukai didengar pada 13 Mac
January 17, 2023· Isu semasa
Jaga-jaga Khairy, Zahid sahkan Lembaga Disiplin akan ambil tindakan
January 14, 2023· Politik
Kerajaan belum bincang laksanakan GST semula setakat ini: Mat Maslan
January 11, 2023· Isu semasa
Kes Shahrir terima RM1 juta, Najib akan dipanggil jadi saksi
December 13, 2022· Isu semasa
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
13 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
17 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
17 jam lalu · Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
17 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
15 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok