Cukai jalan bas sekolah tak naik, kekal RM2 setahun

January 16, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pengangkutan menafikan cukai jalan bagi bas sekolah akan dinaikkan, sebaliknya ia akan dikekalkan pada kadar RM2 setahun.

Perkara ini disahkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong sambil menjelaskan cukai jalan bagi semua kelas kenderaan juga tidak akan dinaikkan.

Memetik laporan Utusan hari ini, beliau memberi jaminan kerajaan tidak akan menaikkan cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Dakwaan ada kenaikan cukai jalan bagi bas-bas sekolah tidak benar,” katanya dalam laporan itu.

Menurutnya cadangan mengurangkan kadar cukai jalan memerlukan kajian terperinci dengan mengambil kira kesan kepada kutipan hasil kerajaan serta impaknya kepada keseluruhan ekosistem pendaftaran kenderaan motor di Malaysia.

Ka Siong berkata, semakan semula kadar bayaran LKM dilaksanakan pada 2008 antara lain melibatkan bayaran LKM bagi kenderaan motor pendaftaran milik persendirian (jenis saloon dan bukan saloon).

Katanya, ini termasuk milik individu dan syarikat yang menggunakan bahan bakar diesel atau diesel hijau telah diselaraskan dengan kadar bahan bakar petrol.

Selain itu, semakan turut melibatkan bayaran LKM bagi kenderaan perkhidmatan awam seperti bas ekspres, teksi, kereta sewa, bas persiaran dan bas catar ditetapkan pada kadar rata iaitu RM20 setahun, katanya.

“Bagi bas mini, bas sekolah dan bas henti-henti, kadar bayaran LKM adalah RM2 setahun,” katanya.

Berhubung kenaikan kos premium insurans bas sekolah seperti didakwa, Ka Siong berkata, ia adalah di luar skop Kementerian Pengangkutan, sebaliknya, kadar premium ditetapkan penyedia perkhidmatan insurans dengan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“Begitu juga dengan gesaan pengusaha bas sekolah supaya kerajaan memantau dan mewujudkan garis panduan bagi setiap caj loading yang dikenakan kepada pemilik kenderaan,” katanya.

Pada masa sama, beliau memberitahu, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan kepada pengusaha bas sekolah yang terjejas sepanjang tempoh pandemik Covid-19 akibat penutupan sekolah.

Sebelum ini terdapat laporan mendakwa 21,000 pengusaha bas sekolah di seluruh negara mengeluh apabila terpaksa menyediakan kos tambahan antara RM1,000 hingga RM2,000 bagi setiap kenderaan sebelum menyambung semula insurans dan cukai jalan yang didakwa meningkat sehingga 200 peratus mulai tahun ini.

Mereka mendakwa, perkara tersebut, belum lagi mengambil kira kerenah segelintir ibu bapa yang mendesak pengusaha bas mengurangkan bayaran bulanan.

Berita berkaitan
Pempengaruh difitnah penyokong PH berhubung isu IC buat laporan polis
August 26, 2023· Isu semasa
Portal insurans Selangor yang kontroversi sedang diperkukuh ciri keselamatan, kata MBI
August 25, 2023· Isu semasa
Skandal skim insurans Selangor, menanti penjelasan Amirudin
August 24, 2023· Politik
Insurans INSAN Selangor: Pempengaruh dedah data peribadi diguna tanpa kebenaran
August 23, 2023· Politik
Popular
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok