CUEPACS adakan pertemuan akhir dengan kerajaan esok, bincang tuntutan

August 25, 2022 · Isu semasa

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan rundingan terakhir dengan pihak kerajaan esok bagi memuktamadkan perkara yang akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Ogos ini.

Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat berkata pertemuan itu diharap boleh memberi kelegaan kepada 1.4 juta penjawat awam Gred 54 ke bawah di negara ini, lapor Bernama.

“Memandangkan apa yang akan diumum Perdana Menteri nanti masih belum muktamad, kami akan mengadakan perbincangan dengan pegawai tertinggi kerajaan mengenai berita gembira buat penjawat awam itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat isu-isu semasa perkhidmatan awam kepada 50 peserta Kursus Pemantapan Kepimpinan CUEPACS Negeri Kelantan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur dekat Bukit Keluang di sini, malam tadi.

Pada 21 Ogos lepas, Ismail Sabri memberi bayangan akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam dijadualkan pada 30 Ogos.

Adnan berkata kenaikan gaji minimum dan elaun tambahan bagi penjawat awam adalah antara fokus yang wajar diberi keutamaan oleh kerajaan buat masa ini selari dengan kenaikan kos sara hidup dalam keadaan ekonomi semasa.

“Bagaimanapun, CUEPACS memahami kebimbangan kerajaan mengenai kewangan negara sekiranya pemberian adalah dalam bentuk kenaikan gaji dan kenaikan lain kepada penjawat awam kerana hal itu sekali gus akan meningkatkan tanggungan kerajaan terhadap wang saraan (pencen).

“Kami yakin dan percaya kerajaan mampu untuk mempertimbangkan kalau bukan semua yang kami minta dan bincangkan sebelum ini, setidak-tidaknya sebahagian daripadanya,” kata beliau.

Berita berkaitan
PH tubuh jawatankuasa runding permohonan MUDA, PSM
September 21, 2022· Politik
MT UMNO akan putuskan mahu berunding atau tidak dengan PAS: PM
September 15, 2022· Politik
Annuar bidas Guan Eng tak layak hakimi Pasukan Khas Jihad
September 10, 2022· Isu semasa
Rundingan tak rasmi PAS-UMNO tidak capai kemajuan, PN fokus tangani inflasi
September 8, 2022· Politik
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
2 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
3 jam lalu · Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
3 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok