Cuai ketika khatan: Mahkamah tolak rayuan tangguh bayar RM3.1 juta

July 26, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Kerajaan Malaysia dan empat pihak lain untuk menangguhkan pelaksanaan penghakiman berhubung pembayaran ganti rugi berjumlah RM3.1 juta kepada seorang pemuda yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lepas.

Selain kerajaan, empat pihak yang merupakan defendan ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati tiada keadaan istimewa membolehkan mahkamah memberi penangguhan pelaksanaan penghakiman dipohon kesemua defendan.

“Alasan rayuan telah difailkan (oleh kelima-lima defendan) di Mahkamah Rayuan dan kesukaran prosedur untuk pengeluaran wang daripada Perbendaharaan bukanlah suatu keadaan yang khas dan istimewa,” katanya.

Hakim itu berkata kerisauan berhubung wang yang diberikan kepada pemuda itu tidak dapat dikembalikan jika kelima-lima defendan menang dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan bukan merupakan keadaan istimewa yang mewajarkan mahkamah memberi penangguhan pelaksanaan penghakiman.

“Rayuan di Mahkamah Rayuan tidak akan mengambil masa yang lama untuk didengar. Jadi, tidak mungkin wang sebanyak itu (RM3.1 juta) dapat dibelanjakan dalam masa yang singkat. Oleh itu, permohonan tersebut ditolak dengan kos RM3,000,” katanya.

Kelima-lima defendan itu merayu terhadap keputusan Hakim Akhtar pada 7 April lepas, yang memberikan ganti rugi berjumlah RM3.1 juta kepada pemuda berusia 22 tahun, yang menang dalam kes saman itu.

Dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan pada 27 Mei lepas, hakim itu berkata kelewatan kakitangan perubatan merawat kecederaan lelaki itu telah melenyapkan harapan untuk menyelamatkan alat sulitnya.

Lelaki itu, yang memfailkan saman pada 19 Julai 2018 melalui ibunya, mendakwa proses bersunat pada 13 Dis 2010 ke atasnya tidak dilakukan mengikut prosedur ditetapkan sehingga menyebabkan seluruh kepala zakar terpotong.

Akibat kecacatan kekal itu, ibu mangsa mendakwa anaknya yang ketika kejadian berusia 10 tahun telah berubah sikap menjadi amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya. – Bernama

Berita berkaitan
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
7 jam lalu· Isu semasa
Rayuan kes SRC Najib: Usul masuk bukti tambahan dibenarkan mahkamah
9 jam lalu· Isu semasa
Menjelang perbicaraan terakhir esok, Najib istiqamah dengan keputusan bakal dihadapi
August 14, 2022· Politik
Firma peguam Najib nafi tarik diri jika perbicaraan rayuan SRC diteruskan
August 12, 2022· Politik
Popular
Permohonan Najib ‘cacat, pentingkan diri sendiri’, kata pendakwaan
August 15, 2022
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kejatuhan harga minyak, kadar faedah China jejas nilai ringgit
59 minit lalu · Isu semasa
Dewan Negara lulus empat RUU
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
2 jam lalu · Isu semasa
KKM mohon lebih banyak dana penjagaan kesihatan awam
3 jam lalu · Isu semasa
Skandal kapal tak siap: Bekas pegawai tinggi BNS didakwa esok
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
8 jam lalu
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok