Cuaca panas tahap berjaga-jaga di Padang Terap, Jempol

May 1, 2023 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi kawasan Padang Terap di Kedah dan Jempol di Negeri Sembilan.

Menurut data kemas kini cuaca panas hari ini, dua kawasan berkenaan mencatatkan gelombang haba tahap kuning setakat 4.20 petang tadi, lapor Bernama.

Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, kawasan lain di Semenanjung serta seluruh kawasan Sabah dan Sarawak mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah celcius (tahap biru).

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan fenomena cuaca panas dan bahang yang melanda di kebanyakan kawasan di Semenanjung diramal tidak akan berpanjangan dan menasihati orang awam terutama mereka yang bekerja atau mempunyai aktiviti di luar bangunan supaya berhati-hati ketika cuaca panas.

Berita berkaitan
Ramai jemaah Haji negara alami dehidrasi akibat cuaca panas
May 27, 2023· Isu semasa
MetMalaysia keluar senarai lapan kawasan kategori amaran cuaca panas
May 16, 2023· Isu semasa
Cuaca panas, KKM jangka kes strok haba meningkat
May 13, 2023· Isu semasa
Gempa bumi di Selat Sunda, Indonesia
May 10, 2023· Dunia
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
1 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok