Cuaca buruk punca tanah runtuh di Bukit Bendera

October 19, 2022 · Isu semasa

Cuaca buruk baru-baru ini menyebabkan tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa tempat di Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam satu kenyataan pada Selasa (18 Oktober) berkata pasukan penyelenggaraan bukitnya telah membersihkan sekatan demi keselamatan penduduk, pelawat dan pejalan kaki.

“Bukit Bendera baru-baru ini menyaksikan pokok tumbang dan tanah runtuh kecil (yang) segera dibersihkan.

“Disebabkan keadaan cuaca semasa, pejalan kaki dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan mereka (semasa di) Bukit Bendera.

“Sila elakkan daripada mendaki semasa keadaan cuaca buruk,” PBBPP memberi amaran di akaun media sosialnya.

Tanah runtuh itu dikatakan menghalang laluan manakala pokok yang tumbang cukup besar untuk menghalang laluan bukit.

Air berlumpur boleh dilihat meliputi kebanyakan laluan selepas tanah runtuh.

Hujan lebat baru-baru ini turut mengakibatkan banjir di beberapa bahagian di Pulau Pinang pada minggu lalu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di satu dua tempat di Pulau Pinang pada pagi, petang dan malam, pada Khamis (20 Oktober 2022).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Hujan lebat sejak malam tadi, Lembah Klang banjir
November 17, 2022· Isu semasa
Pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya juga dilanda banjir kilat
November 14, 2022· Isu semasa
Waspada! Amaran cuaca buruk sehingga malam ini
November 13, 2022· Isu semasa
Amaran banjir kilat 7 negeri dikeluarkan
November 8, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
16 minit lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
23 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok