
Data 30 November 2022.
Seramai 17 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 30 November 2022), tertinggi sejak 14 April lalu yang melibatkan 18 kematian.
Daripada jumlah itu enam kematian dilaporkan berlaku di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID), menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.
Lima daripada pesakit yang meninggal dunia itu, termasuk satu kes BID, dilaporkan di Selangor menjadikan kumulatif kematian di negeri itu akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 sebanyak 10,923, termasuk 2,376 kes BID.
Manakala masing-masing dua kematian direkodkan di Johor; Melaka (BID); Pulau Pinang (BID); Sabah; serta Sarawak; dan masing-masing satu kes dicatat di Negeri Sembilan (BID); dan Pahang.
Sementara itu, sebanyak 1,737 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam, meningkat sedikit berbanding 1,672 kes yang dicatat pada Selasa.
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,992,168 kes, dengan 4,930,524 pesakit telah sembuh, termasuk 3,338 yang pulih semalam.
Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,130 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 399 kes (penerima dua dos); 197 kes (individu tidak divaksinasi); dan 11 kes (individu belum lengkap divaksinasi).
Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW menunjukkan sehingga semalam 24,960 kes masih aktif, turun berbanding 26,578 yang dilaporkan sehingga Selasa.
Daripada jumlah itu, 23,018 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah 24,573 pesakit pada Selasa); dan 1,848 pesakit dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 1,911 pada Selasa.
KKM juga memaklumkan tiada pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).
Seramai 94 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (sama seperti pada Selasa), dengan 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (52 pada Selasa).
Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 367 (1,532,989)
- Kuala Lumpur – 193 (463,137)
- Sabah – 125 (404,825)
- Johor – 43 (396,993)
- Sarawak – 166 (320,719)
- Kedah – 164 (315,887)
- Pulau Pinang – 82 (304,768)
- Kelantan – 123 (258,649)
- Perak – 88 (236,957)
- Negeri Sembilan – 64 (229,265)
- Pahang – 80 (181,292)
- Melaka – 134 (141,909)
- Terengganu – 57 (132,060)
- Putrajaya – 19 (31,217)
- Labuan – 24 (22,704)
- Perlis – 8 (18,797).