Covid: 78 jemaah haji sembuh sudah berada di Tanah Suci

June 22, 2022 · Isu semasa

Seramai 78 daripada 120 jemaah haji yang positif Covid-19 sebelum berangkat ke Tanah Suci kini telah menyertai jemaah yang lain untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu, setelah mereka sembuh sepenuhnya.

Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata sebelum ini mereka tidak dapat meneruskan penerbangan kerana keputusan ujian positif RT-PCR (PCR) dan pasangan mereka turut memilih membuat penangguhan.

Katanya, ujian PCR adalah syarat yang ditetapkan Arab Saudi iaitu dalam tempoh 72 jam sebelum penerbangan namun, Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan jemaah membuat ujian 56 jam sebelum melapor diri di terminal berlepas, lapor Bernama.

“Kita dapati dalam beberapa penerbangan ada jemaah haji yang keputusan ujian PCR mereka adalah positif. Sehingga kini ada 120 jemaah diambil kira yang positif bersama dengan pasangan mereka yang tidak berlepas bersama.

“Daripada 120 jemaah ini, seramai 78 jemaah telah berada di Tanah Suci selepas disahkan negatif dan tamat jalani tempoh kuarantin. Selebihnya akan menaiki penerbangan seterusnya, manakala 19 orang lagi belum negatif dan kita masih menunggu,” katanya kepada pemberita di Makkah, hari ini.

Ketika ditanya tentang sejauh mana TH akan berusaha membawa kesemua jemaah yang menerima tawaran mengerjakan haji, Syed Saleh berkata : “Sekiranya mereka negatif, TH tetap uruskan penerbangan, selagi mana ada penerbangan bolehlah mereka datang”.

Tambah beliau, kerajaan Arab Saudi telah menetapkan penerbangan terakhir musim haji pada 4 Zulhijjah dan berharap semua bakal jemaah yang menerima tawaran akan memperoleh keputusan negatif Covid-19, sebelum tarikh tersebut.

Sehubungan itu, bagi memastikan 14,306 jemaah berpeluang menunaikan haji, beliau menasihatkan mereka yang belum berlepas supaya menjaga kesihatan dan tidak terdedah dengan sebarang perhimpunan sebelum ujian PCR dijalankan.

Dalam perkembangan lain, Syed Saleh berkata sehingga kini jemaah Malaysia berada dalam keadaan sihat dan tiada kes kritikal yang memerlukan rawatan lanjut.

“Kebanyakan kes kesihatan yang dirujuk ke klinik seliaan TH ialah berkaitan masalah pernafasan dan penyakit kulit akibat cuaca kering dan panas…agak kurang jemaah kita yang perlukan rawatan di hospital,” katanya.

Katanya faktor kurangnya jemaah dimasukkan ke hospital berbanding tahun sebelum ini adalah kerana keberkesanan pemeriksaan kesihatan yang agak ketat pada tahun ini selain umur jemaah yang lebih muda dan aspek keperihatinan jemaah dalam menjaga kesihatan.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
22 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
29 minit lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
40 minit lalu · Isu semasa
Gempa di Laut Andaman tak cetus tsunami di Malaysia
48 minit lalu · Isu semasa
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok