Covid-19: Wanita hamil perlu vaksin segera

August 15, 2021 · Isu semasa

Jutaan rakyat Malaysia menangisi pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada awal pagi Isnin lalu akibat dijangkiti Covid-19.

Sebelum itu, pada jam 5 petang Jumaat lalu, Siti Sarah yang hamil tujuh bulan, selamat melahirkan anak keempat yang juga bayi lelaki secara pembedahan.

Menurut kajian baharu dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), wanita mengandung yang dijangkiti Covid-19 dan dimasukkan ke hospital kerana berisiko berdepan komplikasi serius selain boleh berdepan risiko tinggi melahirkan bayi pramatang.

Terdapat juga kemungkinan risiko besar lain menanti iaitu anak dalam kandungan mati sebelum bersalin.

Penemuan yang membimbangkan itu selaras dengan beberapa laporan sebelumnya bahawa wanita hamil mungkin berdepan risiko tinggi mendapat penyakit teruk apabila mereka dijangkiti Covid-19.

Kehamilan boleh mendedahkan wanita terhadap jangkitan dan penyakit yang teruk berdasarkan beberapa sebab.

Sistem kekebalan tubuh ditekan ketika kehamilan, tindak balas yang dirancang untuk mencegah reaksi buruk terhadap janin tetapi meningkatkan pendedahan ibu terhadap jangkitan virus.

Perubahan fisiologi lain ketika kehamilan juga dapat meningkatkan bahaya kepada wanita. Paru-paru mungkin terkesan akibat terkena rahim yang mengembang dan sistem kardiovaskular terpaksa ‘bekerja keras’.

Covid-19 juga dapat meningkatkan risiko pembekuan darah dan memberi kesan ke atas plasenta yang memberi janin makan.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Pantai Hospital Sungai Petani, Dr. Norhayati Kasim, selain golongan tua yang paling ramai dijangkiti Covid-19, antara golongan dikelaskan sebagai berisiko tinggi sudah pasti ialah wanita hamil dan kanak-kanak.

“Wanita hamil yang mengalami gejala yang lebih teruk dan lewat mendapatkan rawatan mungkin mengalami tanda jangkitan paru-paru yang lebih serius dinasihatkan agar mendapatkan penjagaan yang teliti.

Tambah beliau, ibu hamil yang mempunyai simptom Covid-19 perlu menghubungi unit bersalin mereka dan unit bersalin akan menguruskan tempat dan masa yang tepat untuk sesi pemeriksaan. Mereka tidak perlu menghadiri rutin klinik antenatal kerana bimbang hal ini akan menyebarkan virus tersebut jika dia bertukar menjadi positif Covid-19.

“Sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak beritahulah pihak klinik ibu dan anak supaya pemeriksaan dapat ditangguhkan sehingga tempoh pengasingan tamat.

“Wanita hamil juga harus lebih prihatin dalam mengamalkan penjarakan sosial dan mengurangkan kontak dengan orang lain. Ia adalah penting untuk wanita hamil tidak merantau atau pulang ke kampung untuk bersalin supaya risiko jangkitan Covid-19 dapat dikurangkan atau kontak yang rapat dengan pesakit Covid-19, ia perlu dimaklumkan dengan jelas kepada pasukan pemeriksaan biasanya diletakkan di pintu masuk hospital dan juga pakar obstetrik anda,” katanya.

Dalam pada itu,  pakar bedah, Dr. Amalina Che Bakri menggalakkan wanita hamil untuk mendapatkan vaksin Covid-19 secepat mungkin.

“Kajian menunjukkan, mereka yang mendapat jangkitan Covid-19 semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk dan meningkatkan risiko masuk ke hospital berbanding dengan mereka yang tidak mengandung dan risiko lebih tinggi untuk kelahiran pra matang dan kematian bayi sewaktu lahir,” katanya dalam Instagram miliknya.

Tambah Dr. Amalina, kajian melibatkan seramai 7530 wanita hamil divaksin dan  7530  lagi tidak divaksin  menunjukkan ibu mengandung yang mendapat vaksin mendapat perlindungan dan risiko lebih rendah untuk mendapat jangkitan berbanding mereka yang tidak.

“Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi (RCOG) mengatakan vaksin boleh diberi kepada ibu mengandung tidak kira tahap kehamilan (dengan persetujuan) dan pakar mengatakan wanita mengandung perlu melengkapkan dua dos sebelum melahirkan atau sebelum masuk trimester ketiga kerana ini adalah peringkat yang paling genting. Pada tahap ini risiko paling tinggi tanpa mengira umur wanita hamil. Justeru golongan ini digalakkan untuk mendapat vaksin kerana risiko yang tinggi kepada mereka,” ujarnya.

 

Berita berkaitan
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Kira elaun ‘on-call’ hanya 15 jam sehari bukan 24 jam : KKM
June 26, 2023· Isu semasa
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
5 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
5 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
6 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
7 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok