Covid-19: Tujuh negeri sifar kes kematian, 19 pesakit meninggal

January 3, 2022 · Isu semasa

Tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan tidak merekodkan kes kematian baharu akibat komplikasi Covid-19 semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang Covidnow hari ini.

Ianya melibatkan Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Bagaimanapun, dalam tempoh 24 jam semalam 19 kematian direkodkan di negeri-negeri lain, termasuk empat daripadanya meninggal dunia sebelum sempat diberi rawatan di hospital atau dikategorikan sebagai kes ‘brought in death’ (BID).

Angka itu menjadikan kumulatif kematian sebanyak 31,532 kes, termasuk 6,362 kes BID, menurut data Covidnow yang dikemas kini sehingga jam 6 pagi tadi.

Daripada jumlah itu, Selangor mencatat lima kematian, menjadikan keseluruhannya sejak awal 2020 hingga semalam sebanyak 9,963 kes, termasuk 2,111 kes BID.

Sehingga semalam, negeri itu mencatat 788,150 kumulatif kes positif, termasuk 2,029 kes import, dengan 768,017 pesakit telah sembuh dan 10,170 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 8,898 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 456 ditempatkan di PKRC; 765 dimasukkan ke hospital; dan 51 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 66 daripada 1,306 kluster yang dikesan di negeri itu masih aktif dengan 39 daripadanya melibatkan kluster berkaitan tempat kerja.

Bagi negeri-negeri lain, Terengganu merekodkan empat kematian menjadikan 715 pesakit meninggal dunia di negeri itu, diikuti tiga kes di Johor (kumulatif 3,864 kes); dua di Sabah (2,785); dan masing-masing satu di Kedah (2,161); Kelantan (1,247); Melaka (955); Negeri Sembilan (1,321); serta Kuala Lumpur (2,681).

Dalam tempoh seminggu lalu, 27.8 peratus daripada jumlah kematian melibatkan pesakit berusia antara 70 dan 79 tahun; 25 peratus (60-69 tahun); 21.7 peratus (80 tahun ke atas); 12.2 peratus (50-59 tahun); 7.2 peratus (40-49 tahun); 4.4 peratus (30-39 tahun); 1.1 peratus (18-29 tahun); dan 0.6 peratus (0- 4 tahun). Tiada kes kematian bagi individu berusia lima tahun hingga 17 tahun.

Sehingga semalam, negara mencatat 2,764,354 kumulatif kes positif, termasuk 8,980 kes import, dengan 2,692,216 pesakit kini telah sembuh, dan 40,606 kes lagi masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 33,393 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,460 ditempatkan di PKRC; 3,469 dimasukkan ke hospital; dan 284 pesakit dirawat di ICU dengan 156 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet
August 2, 2022· Dunia
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Skandal LCS: Duit hangus kapal tak sampai, kata Fahmi kepada Najib
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
9 jam lalu · Isu semasa
RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap
9 jam lalu · Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
9 jam lalu · Isu semasa
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok