
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dan kes sembuh di seluruh negara semalam, 25 Jun 2022.
Negara sekali lagi merekodkan sifar kematian akibat komplikasi Covid-19 semalam (Sabtu, 25 Jun) – kali kedua dalam tempoh 18 bulan, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Kali terakhir Malaysia mencatat sifar kematian berpunca daripada virus SARS-CoV-2 ialah pada 20 Jun lalu.
Jumlah kematian harian tertinggi akibat komplikasi Covid-19 yang pernah direkodkan di negara ini ialah sebanyak 592 kes, termasuk 88 pesakit yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).
Kes kematian tertinggi yang direkodkan sepanjang tahun ini pula ialah sebanyak 115 kes yang dicatat pada 2 Mac lalu.
Sehingga semalam, kumulatif kematian akibat Covid-19 kekal pada 35,745 kes, termasuk 7,583 kes BID.
Sementara itu, data laman sesawang Github KKM pula menunjukkan sebanyak 1,694 kes daripada 2,302 jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan di seluruh negara semalam, melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak.
Manakala, sejumlah 411 kes lagi melibatkan penerima dua dos; 182 kes (tidak menerika vaksinasi); dan 15 kes (belum lengkap divaksinasi).
Jangkitan baharu semalam menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,554,661 kes, dengan 4,490,906 pesakit telah sembuh, termasuk 2,539 yang pulih semalam.
Data laman sesawang Github KKM menunjukkan sehingga semalam sebanyak 28,010 kes masih aktif, turun sedikit berbanding 28,247 kes pada Jumaat.
Mereka yang masih menjalani kuarantin di rumah juga turun kepada 26,929 individu berbanding 27,173 pesakit sehari sebelumnya, manakala jumlah yang ditempatkan di PKRC meningkat kepada 16 pesakit berbanding 14 pada Jumaat.
Sementara itu, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital akibat Covid-19 sehingga semalam naik kepada 1,034 berbanding 1,026 yang dicatat pada Jumaat.
Bagaimanapun, jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi turun kepada 31 kes berbanding 34 kes pada Jumaat, dengan 18 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:
- Selangor – 667 (1,385,904);
- Johor – 55 (385,677);
- Sabah – 192 (374,228);
- Kuala Lumpur – 664 (368,232);
- Sarawak – 36 (307,671);
- Kedah – 24 (301,446);
- Pulau Pinang – 173 (284,607);
- Kelantan – 11 (248,259);
- Negeri Sembilan – 167 (207,169);
- Perak – 129 (206,380);
- Pahang – 39 (172,251);
- Terengganu – 18 (126,528);
- Melaka – 68 (125,711);
- Labuan – 4 (21,461);
- Putrajaya – 45 (21,585); dan
- Perlis – 10 (17,552).