Covid-19: Sembilan negeri rekod peningkatan kes baharu hari ini

January 19, 2022 · Isu semasa

Walaupun, kes harian di seluruh negara hari ini turun berbanding semalam, sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat peningkatan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menurut statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri, malam ini.

Selangor kekal mendahului senarai jangkitan tertinggi apabila merekodkan 776 kes baharu, berbanding 679 semalam, menjadikan kumulatif positif di negeri itu meningkat kepada 801,766 kes.

Bagaimanapun, sehingga semalam seramai 780,299 pesakit disahkan sembuh, manakala 10,023 kes kematian turut dilaporkan, dan 10,668 kes positif masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu,seramai 9,214 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 821 ditempatkan di PKRC; 603 dimasukkan ke hospital dan 30 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, 4,781,286 atau 94.5 peratus penduduk di Selangor telah lengkap divaksinasi, 4,848,900 atau 95.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 2,361,398 atau 42.1 peratus menerima dos penggalak.

Mengikut rekod laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM), Covidnow, dalam tempoh minggu ini sebanyak 27.8 peratus kes Covid-19 di Selangor melibatkan individu berusia 18 hingga 29 tahun, diikuti 24.6 peratus (30-39 tahun); 11.6 peratus (40-49 tahun); dan 8.3 peratus masing-masing bagi usia 5 hingga 11 tahun serta 50 hingga 59 tahun.

Sementara itu 6.2 peratus lagi melibatkan pesakit berusia 60 hingga 69 tahun; 5.4 peratus (12-17 tahun); 5.2 peratus (0-4 tahun); 2.0 peratus (70-79 tahun); dan 0.6 peratus (80 tahun dan ke atas).

Johor pula merekodkan 466 jangkitan baharu berbanding 464 kes semalam; diikuti Kuala Lumpur (352 kes baharu, 322 semalam); Sabah (242 kes baharu, 201 semalam); dan Negeri Sembilan (181 kes baharu, 171 semalam).

Pahang pula mencatat 170 kes baharu, berbanding 167 semalam; Perak (138 kes baharu, 86 semalam); Putrajaya (22 kes baharu, 18 semalam); dan Sarawak (21 kes baharu, 16 semalam).

Sehingga hari ini negara merekodkan 2,817,163 kumulatif kes positif, dengan seramai 2,848 pesakit Covid-19 disahkan sembuh, dan 40,761 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 33,809 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,994 ditempatkan di PKRC; 2,775 dimasukkan ke hospital; dan 183 pesakit dirawat di ICU, dengan 84 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Keseluruhannya sehingga semalam, seramai 25,684,153 atau 78.6 peratus penduduk Malaysia telah lengkap divaksinasi, 26,050,060 atau 79.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 9,744,147 atau 29.8 peratus menerima dos penggalak.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
Beberapa negeri bakal berdepan hujan lebat dan ribut petir esok: MetMalaysia
October 23, 2022
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
23 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
23 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok