Covid-19: Sembilan lagi kematian semalam, 367 kes baharu dicatat

January 12, 2023 · Isu semasa

Sembilan lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 11 Januari 2023), sama seperti yang direkodkan pada Selasa, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.

Daripada jumlah itu satu kes kematian dicatat di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID) melibatkan Melaka.

KKM memaklumkan Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19 semalam apabila merekodkan empat kes, diikuti masing-masing dua di Melaka dan Kuala Lumpur, serta satu di Johor.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 di seluruh negara bertambah menjadi 36,901 mangsa, termasuk 7,859 kes BID.

Sementara itu, menurut laman sesawang KKMNOW, jangkitan baharu virus SARS-CoV-2 dalam tempoh 24 jam semalam, turun kepada 367 kes, berbanding 380 yang direkodkan pada Selasa.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 238 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 70 (individu yang lengkap divaksinasi); tiga kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 56 kes (individu tidak divaksinasi).

Jangkitan semalam turut melibatkan 43 kanak-kanak, meningkat mendadak berbanding 25 yang dicatat pada Selasa.

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,031,443 dengan 4,983,170 pesakit telah sembuh, termasuk 398 yang pulih semalam.

KKM juga memaklumkan sehingga semalam 11,372 kes masih aktif, turun sedikit berbanding 11,412 yang dilaporkan pada Selasa, manakala 10,846 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah, meningkat berbanding 10,844 pada Selasa. Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.

Menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital turun lagi kepada 502 kes, berbanding 542 yang dicatat pada Selasa.

Seramai 24 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, turun berbanding 26 yang dicatat pada Selasa, dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (11pada Selasa).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:

  • Selangor – 106 (1,546,568);
  • Kuala Lumpur – 63 (467,113);
  • Sabah – 12 (406,696);
  • Johor – 15 (397,981);
  • Sarawak – 34 (324,013);
  • Kedah – 17 (318,342);
  • Pulau Pinang – 16 (307,201);
  • Kelantan – 11 (259,963);
  • Perak – 10 (238,707);
  • Negeri Sembilan – 12 (230,748);
  • Pahang – 10 (182,524);
  • Melaka – 39 (144,574);
  • Terengganu – 8 (132,831);
  • Putrajaya – 10 (32,268);
  • Labuan – 3 (22,938); dan
  • Perlis – 1 (18,976).

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Popular
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
15 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok