Covid-19: Selangor bakal cecah 800,000 kes positif terkumpul esok

January 16, 2022 · Isu semasa

Lima sahaja negeri merekodkan peningkatan jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, tetapi semuanya mencatat kes tiga digit dengan terendah adalah Perlis sebanyak tiga kes.

Mengikut statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-negeri malam ini, Selangor merekodkan 914 kes baharu hari ini berbanding 837 semalam, menjadikan kumulatif di negeri itu meningkat kepada 799,787 kes.

Berdasarkan purata jangkitan harian yang dilaporkan, kumulatif kes positif di negeri itu bakal mencecah lebih 800,000, esok.

Menurut statistik Covidnow, sehingga semalam seramai 778,173 pesakit Covid-19 di Selangor dilaporkan sembuh, manakala 10,015 pesakit lagi meninggal dunia.

Setakat ini, sebanyak 11,599 kes masih aktif, dengan sehingga semalam seramai 8,768 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,193 diberi rawatan di PKRC; 692 dimasukkan ke hospital; dan 32 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga kini jumlah kes import yang dicatat di Selangor ialah sebanyak 3,214 kes.

Sehingga semalam seramai 4,779,914 individu atau 94.5 peratus populasi di negeri itu telah lengkap divaksinasi, 4,847,998 atau 95.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 2,214,750 atau 33.9 peratus lagi menerima suntikan dos penggalak.

Sebanyak 47 daripada 1,321 kluster di Selangor masih aktif, menurut statistik Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, Pahang turut mencatat peningkatan jangkitan apabila merekodkan 207 kes baharu berbanding 195 semalam, diikuti Negeri Sembilan (203 kes baharu, 111 semalam); Terengganu (63 kes baharu, 57 semalam); dan Putrajaya (13 kes baharu, lima semalam).

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 263 kes import dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan keseluruhannya sejak awal 2020 lalu sebanyak 13,252 kes.

Menurutnya daripada jumlah kes import itu, 204 melibatkan warga tempatan dan 59 rakyat asing.

Daripada 3,010 kes hari ini, sebanyak 2,747 kes melibatkan penularan tempatan, termasuk membabitkan 113 rakyat asing.

Dalam tempoh sama sebanyak 2,584 pesakit telah sembuh menjadikan kumulatif pulih sebanyak 2,735,355 kes atau 97.4 peratus daripada 2,808,347 kumulatif kes positif.

Seramai 182 pesakit masih dirawat di ICU termasuk 83 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, katanya.

Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh itu juga sebanyak tujuh kluster baharu dikesan menjadikan sehingga kini 176 kluster masih aktif.

“Daripada 3,010 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 28 kes atau 0.9 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 2,982 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok