Covid-19: Sarawak catat 31 kematian

October 29, 2021 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 di seluruh negara sejak awal tahun lalu meningkat kepada 28,769 kes apabila 95 pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah ini termasuk 5,827 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID). Semalam, sebanyak 24 kes BID dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kematian baharu semalam, Sarawak merekodkan jumlah tertinggi dengan 31 kes, menjadikan kumulatif di negeri itu sejak awal tahun lalu melonjak kepada 1,299 kes.

Negeri itu juga merekodkan 8,545 kes aktif dengan 5,382 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 2,139 di PKRC, 903 di hospital dan120 di unit rawatan rapi (ICU).

Johor turut mencatat kematian yang tinggi iaitu sebanyak 15 kes, diikuti Sabah (11); Perak (sembilan); Kelantan (enam); Pahang (lima); masing-masing empat di Pulau Pinang dan Terengganu; masing-masing tiga di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur; Perlis (dua); dan masing-masing satu di Kedah dan Selangor.

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Labuan dan Putrajaya.

Sejak awal tahun lalu hingga semalam, 10 negeri merekodkan kematian empat angka dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi sebanyak 9,582 kes, diikuti Johor (3,639); Kuala Lumpur (2,552); Sabah (2,502); Kedah (1,973); Pulau Pinang (1,586); Sarawak (1,299); Negeri Sembilan (1,234); Perak (1,107); dan Kelantan (1,013).

Menerusi laman sesawangnya COVIDNOW, KKM juga memaklumkan jumlah kes aktif sehingga semalam susut lagi kepada 71,358 kes berbanding 71,713 kes yang direkodkan pada Rabu.

Daripada jumlah itu, 55,397 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 9,461 di PKRC; 5,936 dirawat di hospital dan 564 pesakit dimasukkan ke ICU dengan 299 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam, 6,345 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara, meningkat berbanding 6,148 kes pada Rabu, dengan kes di Selangor melonjak kepada 1,431 kes.

Angka itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak awal tahun lalu kepada 2,449,463 kes, termasuk 5,286 kes import. Dalam tempoh sama 2,354,622 pesakit disahkan sembuh.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
August 12, 2022
Parti liar Janda Baik: Datuk Seri, warga emas antara 25 ditahan
August 11, 2022
Bank ambil serius kes iPay88 alami ‘insiden keselamatan siber’
August 11, 2022
Siapa ‘jerung’ di belakang skandal kapal tempur: Rafizi tanya Najib
August 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ekonomi negara tumbuh lebih kukuh 8.9 peratus pada suku kedua: BNM
2 jam lalu · Isu semasa
Tindakan Najib, Arul pinda laporan audit 1MDB adalah perbuatan jenayah, kata saksi
2 jam lalu · Isu semasa
BNM jamin pelanggaran data iPay88 tidak libat kelemahan sistem bank
3 jam lalu · Isu semasa
Tubuh RCI siasat pelanggaran data setelah iPay88 alami ‘insiden’
3 jam lalu · Isu semasa
Ringgit rendah berbanding dolar AS
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok