Covid-19: Sabah rekod kematian tertinggi semalam

September 13, 2021 · Isu semasa

Kumulatif kematian sejak wabak Covid-19 mula menular di negara ini awal tahun lalu sehingga semalam meningkat kepada 20,711 kes, selepas 292 pesakit dilaporkan meninggal dunia semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sabah merekodkan lonjakan kes kematian tertinggi apabila merekodkan 84 kes semalam, meningkat 31 kes berbanding 53 kes yang dicatatkan pada Sabtu.

Jumlah kematian tertinggi yang pernah direkodkan di Sabah ialah sebanyak 55 kes pada 4 September lalu.

Daripada jumlah kematian semalam, daerah Kota Kinabalu mencatat kes terbanyak dengan 18 kes, diikuti Sandakan (14), Kota Belud (10), Penampang (sembilan), Tawau (tujuh), masing-masing empat kes di Lahad Datu, Kota Marudu dan Pitas, dan Tuaran (tiga).

Keningau, Putatan, Papar dan Tenom masing-masing melaporkan dua kes kematian, dan masing-masing satu kes di Semporna, Kunak dan Nabawan.

Secara kumulatif, sehingga kini Sabah mencatat sebanyak 1,674 kes kematian akibat Covid-19 atau mewakili 0.96 peratus daripada keseluruhan kes positif yang direkodkan setakat ini.

Mengikut data dikeluarkan KKM menerusi laman web COVIDNOW hari ini, enam negeri lagi – Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Pahang, dan Perlis – turut merekodkan peningkatan kes kematian semalam.

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Tak perlu SOP ketat dikenakan kepada pengembara China: Menteri Pelancongan
January 7, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
February 1, 2023
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
3 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
5 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
6 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
1 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok