Covid-19 punca OPV belum siap dibina, kata KP Maritim Malaysia

September 13, 2022 · Isu semasa

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjelaskan kelewatan penyerahan tiga kapal peronda luar pesisir (OPV) miliknya – yang sepatutnya diterima tahun lalu – adalah disebabkan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, OPV yang dibina oleh syarikat tempatan, THHE Destini Sdn Bhd itu, masih dalam pembinaan dan berada di Pulau Indah.

“Kapal OPV 1 yang sepatutnya dilancarkan ke air hari ini (13 September 2022), masih gagal dilakukan kerana kapal masih tidak berjaya dibawa ke lokasi pelancaran.

“Berikutan itu syarikat berkenaan akan mengubah cara pelancaran iaitu daripada Launching Cradle kepada sistem pelancaran ‘Air Balloon’ dan ia dijangka direalisasikan pada 10 Oktober ini.

“Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan jika pelancaran itu dapat direalisasikan pada tarikh berkenaan, besar kemungkinan untuk kapal OPV 1 dapat diserahkan kepada pihak APMM pada awal 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maritim Malaysia sepatutnya menerima sebuah kapal OPV pada Ogos lalu selepas kerajaan memberi lanjutan sehingga 18 bulan kepada syarikat TH Heavy untuk menyiapkan tiga kapal OPV berkenaan.

Pada 9 September lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa mempunyai bukti berhubung skandal OPV itu yang didakwa berlaku ketika Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menjadi Pengerusi Tabung Haji.

Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah Pengerusi Tabung Haji mulai Julai 2013 hingga kejatuhan kerajaan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2018.

Pada 3 September lalu, Tabung Haji berkata kepentingannya dalam TH Heavy Engineering Bhd (THHE) telah diambil alih sepenuhnya oleh anak syarikat Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), pada 2018.

THHE dilaporkan bertanggungjawab untuk pembekalan, penghantaran, ujian dan pentauliahan OPV kerana ia telah dianugerahkan kontrak bernilai RM739.9 juta untuk projek itu pada 2017, sedangkan mereka tidak mempunyai kepakaran dalam pembinaan kapal.

Mujahid juga sebelum ini mendakwa bahawa sebuah syarikat di mana THHE mempunyai usaha sama bagi memenuhi keperluan kontrak – Destini Sdn Bhd – dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN). Destini telah meninggalkan projek OPV pada 2021, menyebabkan THHE terpaksa membeli semula 51 peratus saham daripada mereka.

Mengulas lanjut, Mohd Zubil berkata, dua lagi kapal iaitu OPV 2 dan OPV 3 akan diserahkan kepada pihaknya secara berperingkat.

“Kita berharap ketiga-tiga kapal peronda ini dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia dengan kadar segera walaupun ia sudah dua tahun melewati dari tarikh asal penyerahan.

“Ketiga-tiga kapal OPV ini amat diperlukan oleh pihak Maritim Malaysia pada masa kini bagi menguatkuasakan undang-undang di dalam perairan negara,” katanya.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Kumpulan pemerhati rasuah gesa dedah perjanjian tambahan LCS
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Muhyiddin nasihat hati-hati pulang sempena cuti Krismas
December 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok