[KEMAS KINI] Covid-19: Pesakit sembuh rekod angka tertinggi, 195 kematian

August 3, 2021 · Isu semasa

Seramai 12,297 pesakit Covid-19 disahkan sembuh – angka tertinggi setakat ini sejak wabak itu melanda negara awal tahun lalu – menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 950,029 berbanding jumlah keseluruhan jangkitan 1,163,291.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi seramai 195 pesakit Covid-19, termasuk 22 rakyat asing, meninggal dunia menjadikan kumulatif kematian sebanyak 9,598 kes.

“Seramai 1,063 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 537 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan jangkitan baharu meningkat semula kepada 17,105 kes menjadikan kumulatif kepada 1,163,291 kes, berbanding 15,764 kes yang direkodkan semalam. Daripada jumlah itu 2,405 membabitkan rakyat asing.

Berdasarkan data dikeluarkan KKM, 10 daripada 16 negeri dan wilayah merekodkan peningkatan dengan Kuala Lumpur dan Kelantan mencatatkan lonjakan yang tinggi.

Kuala Lumpur hari ini merekodkan 2,309 kes berbanding 1,536 jangkitan semalam, manakala Kelantan daripada 552 kes kepada 915 jangkitan, naik dua hari berturut-turut.

Sementara itu Sarawak, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Melaka, Johor, Putrajaya dan Terengganu juga mencatatkan peningkatan.

Beliau berkata, daripada 17,105 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 317 kes atau 1.9 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala sebanyak 16,788 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Mengenai kadar kebolehjangkitan Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data terkini pada 2 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07.

“Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.30) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.25), dan Perak (nilai RT 1.20). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis, dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata 30 lagi kluster dikesan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan keseluruhannya 3,761 kluster dengan 1,143 lagi masih aktif.

Daripada jumlah kluster baharu itu, masing-masing 14 kluster membabitkan jangkitan di tempat kerja dan dalam komuniti, manakala dua lagi kumpulan berisiko tinggi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok