Covid-19: Pesakit sembuh atasi kes positif tapi kematian meningkat

August 30, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19 yang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi kekal melepasi kes positif harian, namun jumlah kematian meningkat menjangkau hampir 300 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 21,257 pesakit disahkan sembuh, berbanding 20,845 kes semalam, menjadikan kumulatif sembuh meningkat kepada lebih 1.44 juta pesakit.

Bagaimanapun, katanya dalam tempoh sama, 295 pesakit, termasuk 34 bukan warganegara Malaysia, meninggal dunia – naik sedikit berbanding semalam sebanyak 285 – menjadikan kumulatif 16,382 kes kematian.

“Sebanyak 53 individu meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital (BID), termasuk 14 bukan warganegara, dilaporkan dalam tempoh itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, mengikut rekod dikeluarkan Kementerian Kesihatan hari ini, dalam tempoh itu juga semua negeri merekodkan kes kematian dalam kalangan pesakit Covid-19, kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Selangor, walaupun turun daripada 110 kes semalam namun kekal mencatat jumlah kematian tertinggi sebanyak 81 kes. Jumlah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di Kedah pula melonjak kepada 36 kes berbanding lima yang dilaporkan semalam.

Dr Noor Hisham juga berkata, seramai 1,033 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 476 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan, sementara 265,713 kes lagi masih aktif.

Data kes 30 Ogos 2021

Terdahulu beliau memaklumkan 2,602 warganegara asing adalah antara 19,268 kes baharu yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam itu. Ini termasuk 16 kes import yang turut membabitkan 12 rakyat asing.

“Daripada 19,268 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 399 kes atau 2.1 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala sebanyak 18,869 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, 14,664 kes (76.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya.

Mengenai kadar kebolehjangkitan beliau berkata berdasarkan data terkini pada 29 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.01.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.24), diikuti oleh Perlis (nilai1.20), dan Sabah (nilai RT 1.14). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Pahang, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan, katanya.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan 36 lagi kluster dikesan di seluruh negara menjadikan keseluruhannya 4,709 kluster dengan 3,222 telah ditamatkan dan 1,487 kluster lagi masih aktif.

Daripada jumlah itu katanya, 17 kluster membabitkan jangkitan di tempat kerja, komuniti (14), masing-masing dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan di Kuala Lumpur, Johor serta Kedah, dan kluster pusat tahanan di Jasin, Melaka.

Enam daripada kluster tempat kerja dilaporkan di Johor; Kelantan (empat); Pulau Pinang (tiga); Pahang (dua) dan masing-masing satu di Selangor dan Terengganu.

Sementara itu, lapan kluster komuniti dikesan di Kelantan; Sarawak (tiga); dan masing-masing satu di Pahang, Perak dan Selangor.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dua maut, 51 mangsa tanah runtuh di Kuala Kubu Bharu masih hilang
December 16, 2022
Jangan harap Najib nak dapatkan duit rakyat yang dia curi: Muhyiddin
March 9, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Imej negara tercalar akibat rasuah dan penyelewengan, kata PM duduk disebelah Zahid
February 24, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok