Covid-19: Persekolahan diteruskan, 11,469 guru bertukar mulai esok

December 5, 2021 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan menghentikan sesi persekolahan bersemuka di semua negeri di bawah Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehinggalah cuti penggal bermula 10 Disember ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, keputusan yang dibuat itu selaras dengan ketetapan KPM sebelum ini meskipun menerima cadangan daripada banyak pihak agar sesi persekolahan ditutup lebih awal, susulan penularan Covid-19 di sekolah.

Beliau berkata, keputusan untuk menutup mana-mana sekolah juga hanya boleh dibuat berdasarkan saranan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) selepas penilaian risiko penularan Covid-19 di sekolah terlibat dilaksanakan.

Menurutnya, sehingga kini kes aktif positif Covid-19 adalah sekitar 200 hingga 250 pelajar berbanding jumlah keseluruhan pelajar yang hadir ke sekolah iaitu sekitar 4.5 juta orang.

“Secara umumnya kita lihat di dalam konteks kita bergerak ke fasa endemik, kita tahu ada kes di luar sana, itu tak dapat dielakkan.

“Namun dalam konteks data yang kita ada, jumlah (pelajar positif Covid-19) adalah jauh lebih rendah daripada jumlah keseluruhan murid… jadi kita perlu lihat bahawa kita hendak bergerak ke fasa endemik, ini (tetap) akan berlaku.

“Tetapi dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ada, kita cuba kawal daripada berlaku penularan dengan lebih besar atau banyak dan Insya-Allah sesi persekolahan akan berterusan hingga akhir penggal ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Akademi Sains Pendang, Kedah, hari ini.

Sementara itu, Radzi berkata, pengumuman pertukaran guru yang akan dilaksanakan esok, bakal menyaksikan sebanyak 11,469 permohonan pertukaran diterima daripada keseluruhan 20,772 permohonan yang dibuat sebelum ini.

Beliau berkata, jumlah itu juga menunjukkan peratusan permohonan yang berjaya paling tinggi pernah direkodkan iaitu sebanyak 55 peratus berbanding hanya sekitar 20 hingga 30 peratus pada tahun-tahun sebelum ini.

Menurutnya, kriteria pemilihan bagi kelulusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan terhadap kumpulan guru yang berkhidmat terutama di Labuan, Sabah dan Sarawak yang telah membuat permohonan untuk kembali ke Semenanjung.

Katanya, penempatan baharu guru akan dibuat mengikut lokasi yang dimohon serta kekosongan mata pelajaran yang diajar.

“Dalam keadaan tertentu, ada guru tinggal di Sabah, Sarawak, Labuan untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. Jadi mereka rasakan sudah sampai masa hendak kembali ke Semenanjung.

“Guru dari Sabah, Labuan, Sarawak mahu ke sesebuah negeri Semenanjung tetapi disebabkan opsyen mata pelajaran sudah penuh di negeri tersebut, kita akan tawarkan negeri terdekat.

“Sekurang-kurangnya dapat kurangkan tekanan pada guru ini dalam konteks kos penerbangan dan sebagainya. Bawa balik, letakkan mereka di negeri terdekat dimohon,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok