Covid-19: Perkeso bayar RM186 juta

June 23, 2022 · Isu semasa

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membayar lebih RM186 juta tuntutan faedah kes Covid-19 kepada 173,498 pekerja di negara ini, sejak 2020 sehingga hari ini yang melibatkan Akta 4 dan Akta 789 di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata pada masa ini, Perkeso masih lagi menerima dan memproses pemohonan tuntutan faedah berkaitan Covid-19 itu, yang berlaku di tempat kerja.

“Sehingga hari ini, sebanyak 233,746 pemohonan telah diterima dan 173,498 daripadanya telah diluluskan dan pemohon telah menerima bayaran.

“Bagi Akta 4, bayaran telah diserahkan kepada 158,691 pekerja tempatan dan 13,740 pekerja asing, melibatkan bayaran kira-kira RM185 juta.

“Sementara itu, bagi Akta 789, bayaran telah dibuat kepada 1,067 pekerja dengan bayaran kira-kira RM1 juta,” katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan program Simposium Keharmonian Perusahaan Wilayah Utara, yang diadakan bagi meningkatkan hubungan majikan dan pekerja dalam menjaga kepentingan keharmonian perusahaan, selain meningkatkan tahap pematuhan undang-undang.

Sementara itu, Awang berkata bagi pemohonan tuntutan faedah Covid-19 yang belum diluluskan, Perkeso perlu menyiasat terlebih dahulu untuk mengenal pasti di mana jangkitan berlaku sama ada di tempat kerja atau di tempat lain.

“Pemohonan yang belum lulus ini mungkin masih ada data atau dokumen yang masih tidak lengkap, jadi bayaran tidak boleh dibuat.

“Tetapi, tuntutan itu adalah bagi membantu mereka yang terkena musibah wabak ini termasuk yang meninggal dunia,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
5 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok