Covid-19: Lebih 7 juta penduduk sudah selesai divaksin hari ini

August 2, 2021 · Isu semasa

Jumlah kumulatif pemberian vaksin Covid-19 di seluruh negara sehingga lewat malam tadi sudah melebihi 21.2 juta dos suntikan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, hari ini.

Katanya, aktiviti pengemaskinian data mingguan telah dijalankan dan maklumat yang dikeluarkan hari ini telah mengambil kira sepenuhnya pelaporan manual termasuk daripada program jangkau luar komuniti yang dijalankan di seluruh negara.

Semalam sahaja sebanyak 480,122 suntikan diberikan membabitkan 298,236 dos pertama dan 181,886 dos kedua.

Tiga negeri – Selangor, Kuala Lumpur, dan Johor – merekodkan pemberian dos tertinggi semalam. Selangor mencatatkan 146,244 dos membabitkan 97,688 (doa pertama) dan 48,556 (dos kedua), diikuti Kuala Lumpur (45,577 dos pertama dan 27,260 dos kedua), dan Johor (34,362 dos pertama dan 10,537 dos kedua).

Beliau berkata secara keseluruhannya 21,200,473 dos vaksin Covid-19 telah diberikan membabitkan 14,247,659 dos pertama dan 6,952,814 penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan jumlah tertinggi pemberian vaksin membabitkan 5,961,204 dos pertama dan 2,311,706 penerima menerima dos kedua.

Sementara itu bagi Ops Lonjak Kapasiti Lembah Klang pula 223,962 dos suntikan telah diberikan semalam, membabitkan 145,983 dos pertama dan 77,979 penerima dos kedua.

Data 1 Ogos 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok