Covid-19: Lebih 5.2 juta sudah terima vaksin lengkap

July 24, 2021 · Isu semasa

Jumlah penduduk Malaysia yang telah menerima vaksin Covid-19 terus meningkat apabila 301,536 individu menerima suntikan dos pertama dan 160,706 lagi melengkapkan dos kedua, semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata angka itu menjadikan keseluruhan pemberian suntikan dos pertama dan kedua mencecah 16,487,158 dos.

Daripada jumlah itu 11,222,398 menerima dos pertama dan 5,264,760 lagi melengkapkan suntikan dos kedua, katanya yang berkongsi laporan harian pemberian dos vaksin di Twitter beliau, hari ini.

Secara keseluruhan, Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi iaitu 4,579,539 penerima dos pertama dan 1,541,128 dos kedua.

Sarawak juga melaporkan pemberian suntikan tertinggi sebanyak 1,627,318 dos pertama dan 1,090,869 dos kedua, diikuti Johor dengan 816,402 dos pertama dan 394,510 dos kedua.

Bagi tempoh semalam sahaja, Selangor merekodkan pemberian 93,699 suntikan dos pertama dan 34,991 bagi dos kedua, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 50,158 dos pertama dan 35,535 (dos kedua).

Sarawak mencatatkan jumlah pemberian tertinggi bagi suntikan kedua semalam dengan 37,869 dos, manakala 9,380 lagi menerima dos pertama.

Jumlah pemberian dos vaksin Covid-19 tertinggi direkodkan kelmarin 22 Julai 2021 dengan 507,050 suntikan, membabitkan 335,977 dos pertama dan 171,073 dos kedua.

Data 23 Julai 2021

Data 23 Julai 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok