Covid-19: Lebih 2.4 juta penduduk Lembah Klang selesai divaksin

August 3, 2021 · Isu semasa

Seramai 245,047 individu lagi melengkapkan dos kedua vaksin Covid-19 semalam, menjadikan keseluruhannya kini lebih 7.2 juta penduduk negara ini sudah selesai divaksin.

Sehingga semalam 7,197,861 menerima dos kedua, manakala 14,471,138 dos suntikan pertama diberikan, sekali gus menjadikan keseluruhan suntikan vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu kepada 21,668,999 dos.

Semalam sahaja sebanyak 468,526 dos vaksin diberikan membabitkan 223,479 penerima suntikan pertama dan 245,047 dos kedua.

Secara keseluruhan, Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi iaitu sebanyak 8,424,374 dos membabitkan 5,997,333 suntikan pertama dan 2,427,041 penerima melengkapkan dos kedua.

Lima negeri lain juga mencatatkan jumlah keseluruhan pemberian vaksin melebihi satu juta dos iaitu Sarawak, Johor, Sabah, Perak, dan Pulau Pinang.

Sarawak mencatatkan jumlah pemberian suntikan sebanyak 3,103,061 dos membabitkan 1,734,840 dos pertama dan 1,368,221 dos kedua, diikuti Johor dengan 1,654,965 doa (1,184,151 dos pertama dan 470,814 dos kedua).

Sabah mencatatkan 1,316,637 suntikan dengan 907,428 dos pertama dan 409,209 dos kedua; Perak sebanyak 1,273,566 suntikan (781,493 dos pertama dan 492,073 dos kedua); dan Pulau Pinang dengan 1,100,073 suntikan (786,878 dos pertama dan 313,195 dos kedua).

Sementara itu, pemberian vaksin di dua lagi negeri – Kedah dan Negeri Sembilan – bakal melepasi angka satu juta hari ini.

Sehingga semalam Kedah mencatatkan 930,694 suntikan membabitkan 611,667 dos pertama dan 319,027 penerima melengkapkan suntikan dos kedua, manakala Negeri Sembilan merekodkan 918,003 suntikan dengan 598,107 dos pertama dan 319,896 dos kedua.

Data 2 Ogos 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok