Covid-19: Lebih 11 juta penduduk Malaysia telah lengkap divaksin

Seramai 11,060,317 atau 33.9 peratus daripada populasi negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 masing-masing, semalam, menurut data dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Pada masa sama data itu juga menunjukkan 17,252,314 atau 52.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin itu sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada Februari lalu.

Dari segi peratusan dewasa pula, JKJAV berkata 73.7 peratus penduduk dewasa telah menerima dos pertama dan 47.2 peratus penduduk lagi melengkapkan dos kedua.

Sehingga semalam lebih 28.3 juta dos vaksin telah diberikan kepada penduduk negara ini. Semalam sahaja 501,776 dos vaksin Covid-19 telah diberikan.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal mencatatkan pemberian terbanyak iaitu 10,754,785 dos vaksin, kata JKJAV.

BERITA BERKAIT
POPULAR