Covid-19 kurangkan ancaman pengganas: PDRM

April 13, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ancaman pengganas berkurangan sejak pandemik Covid-19 menular di seluruh dunia, termasuk negara ini, sejak tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner Normah Ishak berkata, rakyat Malaysia yang dulunya berada dalam mod selesa kini berada dalam mod kelangsungan hidup.

“Masing-masing dengan masalah kendiri, ada dibuang kerja, ada yang hutang tertunggak, ada tidak mampu membayar sewa rumah, ada tidak mampu membeli makanan dan pelbagai bentuk kesengsaraan lagi.

“Hal yang sedemikian ini secara tidak langsung telah menyebabkan urusan kehidupan terganggu dan terbantut, malah ia turut melemahkan semangat penyokong keganasan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam ini.

Normah berkata, kumpulan pengganas juga terkesan dengan keadaan tidak menentu yang berlaku dalam negara serta bentuk masa depan yang perlu mereka lalui.

“Bagaimanapun situasi itu tidak boleh diambil ringan berikutan ancaman keganasan sentiasa berubah mengikut keadaan dan persekitaran bersesuaian dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata, awal 2020 menyaksikan jumlah penurunan dalam aktiviti keganasan menerusi penglibatan langkah pencegahan dan pemantauan berterusan PDRM.

“PDRM melihat kepada aktiviti berkenaan yang telah kekal stabil dan berada di paras yang mampu dikawal berikutan wabak Covid-19,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok