Covid-19: Kluster tempat kerja kekal penyumbang utama kes positif

June 14, 2021 · Isu semasa

Kluster tempat kerja terus menjadi penyumbang utama jumlah kes positif, walaupun dalam tempoh dua minggu ini trend mingguan Covid-19 di seluruh negara menunjukkan penurunan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga hari ini (14 Jun 2021), 1,328 kluster tempat kerja dilaporkan dengan 624,246 individu disaring.

“Daripada jumlah itu 147,040 kes telah dikesan positif Covid-19 atau sebanyak 23.6 peratus.

“Walaupun tren kes mingguan di Malaysia menunjukkan penurunan dalam dua minggu ini, namun kluster-kluster tempat kerja terus menyumbang kepada pertambahan kluster-kluster baharu di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lima kluster tempat kerja aktif tertinggi direkodkan adalah:

1. Kluster Jalan Tiga Salak Tinggi, Selangor membabitkan kilang. Kluster ini melibatkan pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Daripada 1,500 yang disaring, 873 didapati positif Covid-19;

2. Kluster Industri Senawang di Negeri Sembilan dan Melaka yang juga membabitkan kilang. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Senawang Industrial Estate, Seremban. Seramai 8,134 individu disaring dan 752 disahkan positif;

3. Kluster Industri Batu Berendam, Melaka. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Zon Perindustrian Bebas Batu Berendam, Melaka Tengah. Seramai 15,578 pekerja disaring dan 641 daripadanya dikesan positif Covid-19;

4. Kluster Jalan Padang Tembak, Kelantan dan Terengganu membabitkan kilang. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2, Jalan Padang Tembak, Kota Bharu. Seramai 598 individu daripada 1,565 yang disaring disahkan positif; dan

5. Kluster Tok Has yang membabitkan pekerja-pekerja sebuah kedai makan yang terletak di Jalan Sebarang Jertih, Kampung Tok Has, Jerteh, Terengganu. Seramai 3,679 individu disaring dan 541 daripadanya disahkan positif.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati tahap kesedaran mengenai pentingnya garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja perlu dipertingkatkan lagi.

“Masyarakat khususnya majikan dan pekerja perlu menyedari bahawa kepatuhan kepada garis panduan adalah untuk kebaikan mereka juga.

“Terdapat juga segelintir masyarakat yang hanya mengambil berat berkenaan pematuhan SOP apabila terdapat penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan. Kelekaan inilah yang banyak mengundang kepada peningkatan kes Covid-19 terutamanya di tempat kerja.

“Justeru, KKM berpendapat penguatkuasaan SOP di tempat kerja wajar dipertingkatkan dalam usaha untuk terus mengekang jangkitan Covid-19 khususnya melibatkan kluster-kluster di tempat kerja,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Negeri Sembilan belum cadang kecualikan bil air mangsa banjir
January 5, 2022
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023
Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun
February 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
17 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
17 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok