
Data sehingga 10 Januari 2023.
Sembilan lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 10 Januari 2023), jumlah tertinggi dalam tempoh 24 hari, naik satu angka berbanding lapan kematian yang direkodkan pada Isnin.
Tiada kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID) direkodkan, menurut data laman Github Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.
KKM memaklumkan Kuala Lumpur mencatat jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19 semalam apabila merekodkan lima kes, diikuti tiga di Selangor dan satu di Melaka.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 di seluruh negara bertambah menjadi 36,892 mangsa, termasuk 7,858 kes BID.
Sementara itu, menurut laman sesawang KKMNOW, 11 kes import adalah antara 380 jangkitan baharu virus SARS-CoV-2 dalam tempoh 24 jam semalam. Bagaimanapun, tiada pecahan daripada negara mana pesakit itu tiba.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 264 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 64 (individu yang lengkap divaksinasi); tiada kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 52 kes (individu tidak divaksinasi).
Jangkitan semalam, turut melibatkan 25 kanak-kanak, turun berbanding 28 yang dicatatkan pada Isnin.
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,031,076 dengan 4,982,772 pesakit telah sembuh, termasuk 373 yang pulih semalam.
KKM juga memaklumkan sehingga semalam 11,412 kes masih aktif, turun sedikit berbanding 11,414 yang dilaporkan pada Isnin, manakala 10,844 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah, meningkat berbanding 10,779 pada Isnin. Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital turun kepada 542 kes, berbanding 607 yang dicatat pada Isnin.
Seramai 26 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, turun berbanding 28 yang dicatat pada Isnin, dengan 11 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (kekal seperti Isnin).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 88 (1,546,462);
- Kuala Lumpur – 67 (467,050);
- Sabah – 14 (406,684);
- Johor – 15 (397,966);
- Sarawak – 51 (323,979);
- Kedah – 23 (318,325);
- Pulau Pinang – 7 (307,185);
- Kelantan – 8 (259,952);
- Perak – 19 (238,697);
- Negeri Sembilan – 20 (230,736);
- Pahang – 12 (182,514);
- Melaka – 23 (144,535);
- Terengganu – 15 (132,823);
- Putrajaya – 9 (32,258);
- Labuan – 8 (22,935); dan
- Perlis – 1 (18,975).