[KEMAS KINI] Kes sembuh semakin tinggi, 144 pesakit meninggal dunia

July 23, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 10,094 pesakit Covid-19 disahkan sembuh – antara jumlah tertinggi yang direkodkan sejak jangkitan baharu harian meningkat melebihi 10,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejak pesakit pertama dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19, seramai 825,387 pesakit telah sembuh berbanding kumulatif positif sebanyak 980,491 kes.

“Ini menjadikan jumlah kes aktif setakat ini ialah 147,386. Seramai 939 pesakit pula dirawat di unit rawatan rapi manakala 456 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga sebanyak 144 pesakit meninggal dunia menjadikan kumulatif 7,718 kematian.

Setakat ini, kematian tertinggi sebanyak 199 kes direkodkan pada 21 Julai lalu.

Terdahulu beliau memaklumkan jangkitan baharu sebanyak 15,573 kes, tertinggi sejak wabak Covid-19 mula menular di Malaysia awal tahun lalu.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes baharu itu, 8,273 kes atau 53.1 peratus berada dalam Kategori 1 iaitu tidak bergejala, manakala 7,095 kes (45.6 peratus) Kategori 2 (bergejala ringan).

Katanya, 102 kes atau 0.6 peratus pula dalam Kategori 3 iaitu radang paru-paru; diikuti 74 kes (0.5 peratus) Kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen); dan hanya 29 kes (0.2 peratus) adalah daripada Kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan).

“Keseluruhannya, 1.3 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4 dan 5. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, 30 kluster baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan keseluruhannya 3,391 kluster dengan 2,433 telah ditamatkan, dan 958 kluster masih aktif.

Dr Noor Hisham berkata jangkitan dalam komuniti dalam tempoh 24 jam mengatasi kluster tempat kerja, membabitkan 16 kluster dengan enam daripadanya dilaporkan di Kelantan.

Johor, Selangor, Perak, dan Sarawak masing-masing melaporkan dua kluster komuniti, manakala Terengganu dan Sabah masing-masing satu kluster komuniti.

Johor dan Sabah masing-masing turut melaporkan dua kluster tempat kerja, dan masing-masing satu di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Sarawak.

Johor melaporkan dua kluster kumpulan berisiko tinggi; sementara Selangor dan Sabah masing-masing mencatatkan satu kluster.

Selangor turut mencatatkan satu kluster keagamaan manakala Kuala Lumpur satu kluster pendidikan tinggi.

Mengenai Kadar kebolehjangkitan, Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data terkini pada 22 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07 dengan negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.44).

“Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah, Kedah (nilai RT 1.22), Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.22), Johor (nilai RT 1.20), Sabah (nilai RT 1.19), Pulau Pinang (nilai RT 1.18), Kelantan (nilai RT 1.16), Pahang (nilai RT 1.15), Selangor (nilai RT 1.14), Melaka (nilai RT 1.11), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.09), Negeri Sembilan (nilai RT 1.06), Sarawak (nilai RT 1.04), dan Perak (nilai RT 1.02),” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok