Covid-19: Kes positif baharu turun di bawah 20,000

August 16, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, turun lagi tiga hari berturut-turut dan kini di bawah 20,000, berbanding 20,546 kes semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata dalam tempoh itu 19,740 jangkitan baharu direkodkan, menjadikan keseluruhan kes sejak pandemik melanda negara awal tahun lalu kepada 1,424,639 kes.

Menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini tujuh negeri merekodkan peningkatan jumlah kes baharu.

Kes baharu di Sarawak naik daripada 965 yang dicatatkan semalam kepada 1,566 kes, diikuti Sabah dengan 1,728 kes baharu (1,665 semalam); Pulau Pinang sebanyak 1,251 kes (1,111 semalam); dan Melaka sebanyak 1,120 kes hari ini berbanding 631 kes semalam.

Kelantan pula merekodkan 1,227 jangkitan baharu berbanding 1,025 kes semalam, manakala 1,510 kes baharu dicatatkan di Johor berbanding 1,508 kes semalam, diikuti Terengganu sebanyak 688 kes (534 kes semalam).

Dua titik panas Covid-19 di negara ini, Selangor dan Kuala Lumpur, menunjukkan penurunan sejak beberapa hari ini dengan Selangor mencatatkan 5,705 kes baharu berbanding 7,307 kes semalam, manakala Kuala Lumpur pula merekodkan 1,360 kes berbanding 1,442 kes semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
3 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
4 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
5 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
2 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok