Covid-19: Kes di Langkawi naik lagi, hanya libat orang tempatan

September 25, 2021 · Isu semasa

Pulau peranginan Langkawi Permata Kedah yang dibuka semula kepada pelancong hari ini merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19, berbanding semalam, dengan Mukim Kuah kekal tertinggi.

Menurut statistik dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 42 jangkitan dilaporkan, berbanding 30 kes semalam. Pada Khamis, daerah itu hanya merekodkan dua kes baharu.

Mukim Kuah yang menjadi pusat pentadbiran daerah merekodkan 14 kes baharu hari ini berbanding sembilan kes semalam.

Ini diikuti Mukim Bohor sebanyak 10 kes berbanding tiga semalam, Air Hangat (8 kes hari ini, 2 semalam); Ulu Melaka (5 kes hari ini, 2 semalam); dan Padang Matsirat (3 kes hari ini, 1 semalam).

Hanya Mukim Kedawang merekodkan penurunan daripada 12 kes semalam kepada dua kes hari ini.

Sektor pelancongan Langkawi dibuka semula pada 16 September lalu menerusi projek rintis gelembung pelancongan domestik yang menjadi penanda aras bagi membolehkan lebih banyak pusat peranginan dibuka di seluruh negara.

Sejak gelembung pelancongan domestik dilancarkan sehingga kini, tiada kes jangkitan Covid-19 membabitkan pelancong yang dikesan di pulau peranginan itu.

Sementara itu, empat individu, termasuk suami isteri yang menyertai gelembung pelancongan ke Langkawi, tidak dibenarkan menaiki feri di Terminal Feri Kuala Kedah semalam, selepas dikesan positif Covid-19.

Suami isteri itu berusia 30 tahun, manakala dua lagi individu adalah lelaki 26 tahun dan wanita 40-an berada di terminal terbabit pada jam 1.30 petang.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ujian saringan kendiri yang dilakukan menunjukkan keempat-empatnya positif Covid-19 dan mereka diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

“Mereka bukan daripada kumpulan sama (melancong bersama) dan petugas ada menghubungi hospital untuk mengetahui sama ada terdapat rakan lain atau ahli keluarga bersama mereka untuk ke Langkawi.

“Kita bimbang jika ada yang kontak rapat, jadi kita akan minta (maklumat) KKM untuk kita kesan mereka (kontak rapat),” katanya hari ini.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Indonesia sahkan tak buat kenyataan tuntut Tubir Selatan: Wisma Putra
January 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
9 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
9 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok