Covid-19: Kes di ICU terus turun

October 1, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini, seiring dengan penurunan kes yang dirawat di hospital

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga hari ini seramai 904 pesakit masih dirawat di ICU berbanding 924 pesakit yang dicatat semalam.

Katanya daripada jumlah itu 850 pesakit disahkan positif Covid-19, manakala 54 kes lagi masih dalam siasatan, disyaki dan ada kemungkinan dijangkiti virus itu.

Pada masa sama beliau berkata, 492 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan dengan 380 kes disahkan positif Covid-19, manakala selebihnya masih dalam siasatan.

Sehingga semalam, jumlah pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di hospital seluruh negara turun kepada 8,913 kes berbanding 9,185 yang dicatat pada Rabu dan 9,278 pesakit pada Selasa.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi 15,891 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada lebih 2.07 juta pesakit.

Sementara itu beliau berkata, dalam tempoh itu 14 kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhannya 5,491 kluster dengan 4,423 telah ditamatkan dan 1,068 masih aktif.

Daripada jumlah itu tujuh membabitkan kluster tempat kerja, enam (komuniti) dan satu kluster keagamaan yang dilaporkan di Hilir Perak melibatkan 29 individu.

Beliau berkata, tiga kluster tempat kerja dikesan di Selangor membabitkan 105 jangkitan; dua di Johor (32 jangkitan); dan masing-masing satu di Kedah (32 jangkitan) dan Perak (10 jangkitan).

Dua kluster komuniti masing-masing direkodkan di Johor melibatkan 42 jangkitan, Kelantan (39 jangkitan), dan Sarawak (172 jangkitan).

Dr Noor Hisham juga memaklumkan daripada 11,889 kes baharu hari ini, 179 kes atau 1.5 peratus membabitkan pesakit kategori 3, 4, dan 5, manakala 11,710 kes (98.5 peratus) lagi kategori 1 dan 2.

Seramai 883 daripada jumlah pesakit hari initurut membabitkan rakyat asing.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Najib terkejut tak dapat tangguh perbicaraan, permohonan ditolak
August 16, 2022
Sedia berdepan jika didakwa di mahkamah, kata Hishammuddin
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,429 kes, 9 kematian dan empat kluster baharu Covid-19 semalam
2 jam lalu · Isu semasa
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
13 jam lalu · Isu semasa
13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS
14 jam lalu · Isu semasa
Senator gesa tubuh RCI siasat skandal LCS, nyahklasifikasi dokumen sulit
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok