
Jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 di seluruh negara pada 28 Mac 2022.
Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (28 Mac 2022), turun lagi buat hari keempat berturut-turut, menjadikan kumulatif kes positif sejak awal 2020 lalu sebanyak 4,152,203 kes.
Data daripada laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini pagi tadi menunjukkan sebanyak 13,336 jangkitan baharu dilaporkan, berbanding 16,863 kes pada Ahad – turun 3,527 kes.
Sejak awal 2020 lalu seramai 3,896,489 pesakit telah sembuh, 34,842 kematian dilaporkan dan 220,872 kes masih aktif.
Daripada jumlah kes aktif itu seramai 214,723 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 873 ditempatkan di PKRC 4,988 dimasukkan ke hospital; dan 288 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 185 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Data juga menunjukkan hanya tujuh negeri mencatat peningkatan jangkitan harian Covid-19, namun tidak melepasi 1,000 kes.
Johor merekodkan 856 jangkitan baharu berbanding 764 pada Ahad, menjadikan kumulatif positif di negeri itu sebanyak 369,986 dengan 355,270 pesakit telah sembuh4412 kematian dan 10,304 kes masih aktif.
Daripada jumlah kes aktif itu seramai 9,645 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 47 ditempatkan di PKRC; 582 dimasukkan ke hospital; dan 30 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 22 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, Kedah pula merekodkan 779 jangkitan baharu berbanding 652 kes pada Ahad, diikuti Terengganu (418 kes baharu, 327 Ahad); dan Pahang (413 kes baharu, 383 Ahad).
Kelantan pula mencatat 328 kes baharu, berbanding 295 pada Ahad; Perlis (52 kes baharu, 37 Ahad); dan Putrajaya (49 kes baharu, 38 Ahad).

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 28 Mac 2022.