Covid-19: Kes baharu perlihatkan trend peningkatan

April 16, 2021 · Isu semasa

 

Jangkitan baharu Covid-19 negara memperlihatkan trend peningkatan semula apabila 2,551 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, berbanding 2,148 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 2,522 membabitkan jangkitan tempatan, manakala 29 lagi adalah kes import.

Sarawak menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu dengan 960 kes, diikuti Selangor (590) dan Kuala Lumpur (245).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kelantan pula mencatat 164 kes; Sabah (143); Johor (121); Pulau Pinang (91); Negeri Sembilan (53); Perak (49); Pahang (47); Kedah (35); dan Melaka (28).

Sebanyak 16 kes dicatat di Terengganu manakala Putrajaya mencatat enam kes, Perlis (dua) dan Labuan merekodkan satu kes bagi tempoh 24 jam lepas.

Dua kematian turut dicatatkan hari ini. Sementara 227 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 91 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
July 3, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
2 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
2 jam lalu · Isu semasa
Isu harga barang, PM bidas pembangkang fitnah kata kerajaan tak peduli
2 jam lalu · Isu semasa
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok