Covid-19: Kes baharu naik semula, Sarawak kembali teratas

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak semula kepada 14,554 kes berbanding 13,754 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan kumulatif jangkitan positif sejak awal tahun lalu naik kepada 2,171,232 kes.

Berdasarkan statistik yang dikongsi beliau, lapan negeri merekodkan peningkatan kes berbanding jumlah kes positif semalam.

Sarawak kembali mencatat jangkitan tertinggi berbanding negeri-negeri lain apabila merekodkan 2,825 kes hari ini. Semalam negeri itu mencatatkan 1,766 kes.

Ini diikuti Selangor yang merekodkan 2,244 kes baharu berbanding 1,985 semalam; Pulau Pinang (1,231 kes hari ini, 1,052 semalam); Perak (1,144 hari ini, 844 semalam); Kedah (908 hari ini, 783 semalam); Terengganu (690 hari ini, 664 semalam); Melaka (401 hari ini, 292 semalam); dan Putrajaya (30 kes hari ini, 14 semalam).

BERITA BERKAIT
POPULAR