Covid-19: Kes babitkan kanak-kanak di Labuan meningkat

February 28, 2022 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kanak-kanak berusia di bawah usia 12 tahun dilihat meningkat, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

Menurutnya sehingga 27 Februari lalu, seramai 54 kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun dijangkiti virus itu, manakala 219 kes lagi membabitkan remaja berusia 13 tahun ke atas.

“Buat masa ini terdapat 10 orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun sedang dirawat iaitu lima orang di hospital dan lima lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

“Baki 44 orang sedang menjalani kuarantin di rumah dan kanak-kanak ini berada di bawah kategori dua Covid-19,” katanya memetik laporan Bernama hari ini.

Dr Ismuni berkata pihaknya sedang memantau secara serius bilangan jangkitan membabitkan kanak-kanak, sambil menekankan bahawa kes berkaitan kumpulan itu meningkat secara berterusan sejak minggu lepas.

“Terdapat 82 kes baharu melibatkan kanak-kanak di bawah 12 tahun pada 23 Februari sebelum menurun ke 65 kes pada 26 Februari dan 54 semalam, tetapi kami tidak dapat meramal (trend) untuk beberapa hari akan datang,” katanya.

Dr Ismuni berkata bilangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun yang menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) masih belum mencapai sasaran sejak ia dilancarkan pada 7 Februari lalu.

“Kami menjangkakan untuk menjalankan PICKids selama sebulan (dari 7 Februari 2022), namun bilangan kanak-kanak yang menerima dos pertama mereka belum melebihi 50 peratus daripada jumlah 11,700 yang disasarkan,” katanya.

Katanya, setakat ini hanya 23.94 peratus, atau 2,801 kanak-kanak, yang telah menerima suntikan vaksin tersebut di empat pusat vaksinasi sedia ada, iaitu Hospital Labuan, dewan Kompleks Darul Kifayah, Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 2 dan SK Sungai Lada.

Labuan merekodkan kes baharu tiga digit sejak minggu lepas iaitu 311 kes semalam termasuk dua kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Popular
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Zahid sakit saluran kencing pula, perbicaraan hari ini berakhir awal
August 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
2 jam lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
2 jam lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok