Covid-19: Kes aktif turun, kematian naik pada 20 hingga 26 Jun

Proses bedah siasat dilakukan ke atas mayat yang meninggal dunia di tempat lain untuk mengetahui punca kematian. - Gambar KKM

Situasi Covid-19 untuk Minggu Epid ke-25 iaitu bermula 20 Jun hingga 26 Jun lalu memperlihatkan situasi positif dengan pengurangan kes harian, kes aktif, jumlah pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata kes aktif menunjukkan pengurangan tertinggi iaitu sebanyak 10 peratus berbanding Minggu Epid ke-24.

“Sehingga 26 Jun, sebanyak 60,646 kes aktif direkodkan, berbanding pada Minggu Epid ke-25, purata kes aktif adalah 61,643.

“Ini menunjukkan purata pengurangan sebanyak 10 peratus kes aktif berbanding Minggu Epid ke-24. Pengurangan kes aktif ini diperhatikan sejak tiga minggu lepas iaitu pada Mingg Epid ke-22,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini. Yang turut hadir, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Dalam tempoh sama beliau berkata kes kematian menunjukkan peningkatan sebanyak 6.3 peratus dengan purata 77 kes dilaporkan sehari berbanding Minggu Epid 24.

“Pada Minggu Epid ke-25, sebanyak 536 kes kematian keseluruhan direkodkan dengan purata 77 kematian sehari. Ini menunjukkan terdapat 6.3 peratus peningkatan kematian direkodkan dan ia diperhatikan sejak Epid ke-25,” katanya.

Dr Adham berkata, bagi kes harian Covid-19, sehingga 26 Jun, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 728,462 kes.

“Pada Minggu Epid ke-25, kes harian Covid-19 yang dilaporkan adalah 37,347 kes dengan purata harian kes itu pada pada minggu sama adalah 5,035 kes sehari. Ini menunjukkan terdapat empat peratus pengurangan kes berbanding Minggu Epid ke-24,” katanya.

Beliau berkata, bilangan purata kes di ICU sehingga 26 Jun adalah 854 iaitu pengurangan sebanyak empat peratus berbanding Minggu Epid ke-24.

Pengurangan sebanyak dua peratus turut direkodkan bagi keperluan alat bantuan pernafasan di ICU.

“Mereka yang memerlukan sokongan ventilator adalah seramai 435 pesakit atau 50.2 peratus. Secara puratana, 441 kes di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu,Dr Adham memaklumkan berlaku peningkatan sebanyak6.3 peratus kes kematian dengan purata 77 kes dilaporkan sehari berbanding Minggu Epid 24.

Secara kumulatifnya sehingga 26 Jun lalu, sebanyak 4,884 kes kematian dilaporkan.

“Pada Minggu Epid ke-25, sebanyak 536 kes kematian keseluruhan direkodkan dengan purata 77 kematian sehari. Ini menunjukkan terdapat 6.3 peratus peningkatan kematian direkodkan dan ia diperhatikan sejak Epid ke-25,” katanya.

POPULAR