Covid-19: Kes aktif di Langkawi turun

October 14, 2021 · Isu semasa

Kes aktif Covid-19 di Langkawi turun empat hari berturut-turut walaupun jumlah jangkitan harian dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari tadi naik 10 kes.

Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi (PKDLangkawi) memaklumkan sehingga hari ini, 354 kes masih aktif, turun berbanding 371 yang direkodkan semalam.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam itu sebanyak 39 jangkitan baharu dilaporkan di pulau peranginan itu hari ini berbanding 29 kes semalam.

Daripada jumlah itu, 25 individu dijangkiti Covid-19 dikesan menerusi saringan bergejala, dan 14 kes lagi saringan kontak rapat.

Empat mukim mencatat peningkatan kes membabitkan Padang Matsirat sebanyak 14 kes baharu berbanding dua kes semalam; Ulu Melaka (9 kes baharu, 5 semalam); Ayer Hangat (lima kes baharu, sifar kes semalam); dan Bohor (3 kes baharu, 2 semalam).

Langkawi yang dibuka kepada pelancong mulai 16 September lalu kini merekodkan 354 kes aktif, 5,860 kes positif, 5,432 kes sembuh, dan 74 kematian.

Sejak sektor pelancongan dibuka semula hanya seorang pelancong yang mengalami gejala ketika berada di Langkawi dan didapati positif Covid-19 melalui ujian RT-PCR. Hasil siasatan mendapati punca jangkitan bukan di Langkawi.

“Tiada kluster Covid-19 yang berpunca daripada gelembung pelancongan di Langkawi,” kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika mengumumkan pada Selasa, Kementerian Kesihatan menghentikan keperluan ujian pengesanan Covid-19 sebelum pelancong memasuki Pulau Langkawi, berkuat kuasa serta-merta.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
RM93,300 untuk belanja sambutan hari jadi isteri Zahid, kata saksi
August 10, 2022
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
August 10, 2022
Peguam baharu Najib tarik diri jika kes rayuan diteruskan: Laporan
August 10, 2022
Kajian ubah cuti rehat hujung minggu diserah kepada Sultan Johor
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hishammuddin perlu jawab tiga persoalan isu kapal tempur TLDM
2 jam lalu · Isu semasa
Bot karam di Pulau Redang: Tiga nelayan lemas, dua masih hilang
3 jam lalu · Isu semasa
RON97 turun lagi 10 sen
3 jam lalu · Isu semasa
Hishammuddin sokong dedah laporan audit forensik kapal LCS
5 jam lalu · Isu semasa
Saksi beritahu tak siasat VIP lain didakwa terima wang UKSB
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
7 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok