Covid-19: Kematian turun tiga hari berturut-turut, kumulatif 34,751 kes

March 27, 2022 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 negara dalam tempoh 24 jam semalam (26 Mac 2022) turun tiga hari berturut-turut sejak 24 Mac yang mencatat 64 kes.

Semalam seramai 34 pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia, berbanding 52 yang direkodkan pada Jumaat.

Jumlah itu termasuk lapan kematian di luar fasiliti kesihatan sebelum dibawa ke hospital atau kes ’brought in death’ (BID), menurut statistik laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini jam 7.30 pagi tadi.

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian sejak awal 2020 lalu hingga semalam meningkat kepada 34,751 kes, termasuk 7,326 kes BID.

Data juga menunjukkan Johor dan Kedah mencatat enam kematian akibat Covid-19 semalam, menjadikan kumulatif masing-masing meningkat kepada 4,397 kes dan 2,536 kes.

Johor kini mencatat 368,366 kumulatif positif, dengan 352,365 pesakit telah sembuh, dan 11,604 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 10,890 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 71 ditempatkan di PKRC; 609 dimasukkan ke hospital; dan 34 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 31 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga 25 Mac, seramai 3,065,257 atau 80.8 peratus populasi di Johor telah lengkap divaksinasi, 3,277,696 atau 86.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 2,058,650 atau 75.3 peratus populasi dewasa menerima dos penggalak.

Sementara itu, Kedah pula mencatat kumulatif positif sebanyak 288,315 kes, dengan 272,050 pesakit telah pulih, dan 13,729 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 13,289 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 62 ditempatkan di PKRC; 346 dimasukkan ke hospital; dan 32 dirawat di ICU, dengan 15 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga Jumaat lalu, seramai 1,581,073 atau 72.1 peratus populasi di Kedah telah lengkap divaksinasi, 1,658,988 atau 75.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 714,427 atau 45.9 peratus populasi dewasa menerima dos penggalak.

Sementara itu, bagi negeri-negeri lain, Selangor mencatat lima kes kematian semalam, diikuti Perak (tiga); masing-masing dua kes di Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, serta Terengganu; dan masing-masing satu kes di Kelantan serta Melaka.

Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, semalam.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 26 Mac 2022.

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Strok haba, KKM sahkan satu kematian di Kelantan
April 28, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
11 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
11 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
12 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
12 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
8 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok