Covid-19: Kematian naik semula kepada 36 kes semalam

Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid0-19 di seluruh negara semalam meningkat semula kepada 36 kes berbanding 17 yang direkodkan pada Jumaat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak awal tahun lalu sebanyak 30,574 kes.

Jumlah kematian semalam termasuk lapan pesakit Covid-19 yang meninggal sebelum sempat diberi rawatan di hospital (BID), menjadikan keseluruhannya 6,189 kes BID.

Daripada jumlah kematian semalam, Sabah merekodkan kes tertinggi sebanyak sembilan kes, menjadikan keseluruhannya 2,707 pesakit Covid-19 di negeri itu meninggal dunia sejak awal tahun lalu.

Sehingga semalam, Sabah merekodkan 7,303 kes aktif dengan 5,950 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 745 ditempatkan di PKRC; 553 dimasukkan ke hospital; dan 55 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 24 daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh itu, negeri berkenaan juga merekodkan 234,711 kumulatif kes positif dengan 224,842 pesakit telah sembuh.

Bagi negeri-negeri lain, Pulau Pinang mencatat enam kes kematian; diikuti Johor dan Kelantan masing-masing empat kes; masing-masing tiga di Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu; Pahang (dua); dan masing-masing satu di Perlis serta Selangor.

Tiada kes kematian direkodkan di Kedah, Melaka, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, jumlah kes aktif meningkat semula kepada 62,668 kes dengan 51,062 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 6,124 ditempatkan di PKRC; 4,992 dimasukkan ke hospital; dan 490 pesakit dirawat di ICU, termasuk 269 daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, negara mencatat 2,648,498 kumulatif kes positif, manakala 2,561,232 pesakit telah sembuh.

BERITA BERKAIT
POPULAR