Covid-19: Kematian baharu 34 kes

March 28, 2022 · Isu semasa

Selepas turun tiga hari berturut-turut kepada 34 kes pada Sabtu, jumlah kematian harian akibat komplikasi Covid-19 meningkat sedikit kepada 37 kes semalam (27 Mac 2022).

Jumlah itu termasuk enam kes kematian di luar fasiliti kesihatan sebelum dibawa ke hospital atau kes ’brought in death’ (BID, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Angka itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 lalu meningkat kepada 34,751 kes, termasuk 7,321 kes BID.

Data laman sesawang CovidNOW menunjukkan, Johor merekodkan kes kematian tertinggi iaitu sebanyak 12 kes, menjadikan kumulatif meningkat kepada 4,403 kes.

Sehingga semalam, Johor merekodkan 369,130 kumulatif positif, dengan 353,955 pesakit telah pulih, dan 10,772 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 10,090 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 57 ditempatkan di PKRC; 598 dimasukkan ke hospital; dan 27 dirawat di unit rawatan rapi, dengan 23 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi negeri-negeri lain, Kedah mencatat enam kes kematian, dan masing-masing empat di Melaka, Negeri Sembilan serta Selangor.

Pulau Pinang pula mencatat tiga kes kematian diikuti Sarawak (dua) dan masing-masing satu di Perak serta Sabah.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Pahang, Perlis, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, semalam.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
3 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
23 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
23 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok