Covid-19: Kelantan adakan solat hajat

April 18, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Kelantan meminta rakyat negeri itu mengadakan solat hajat di masjid atau rumah masing-masing susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu sejak kebelakangan ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, tindakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh daerah mulai 16 hingga 29 April menunjukkan kes Covid-19 di Kelantan naik mendadak.

“Sepanjang tempoh PKP semua rakyat diminta untuk mengadakan solat hajat di masjid dan kediaman masing-masing dan memperbanyakkan bacaan al-Quran dan bersedekah.

“Mudah-mudahan dengan amalan taqarub tersebut dan dengan keberkatan bulan Ramadan wabak ini dapat dibendung,” kata dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga menyeru kepada seluruh rakyat negeri ini semua pihak untuk sama-sama mengambil peranan dan tanggungjawab bagi membendung penularan dengan memastikan saranan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sentiasa dipatuhi.

Sementara itu, katanya, Kelantan juga mencatat kadar kebolehjangkitan yang tinggi di Malaysia iaitu pada kadar 1.32 berbanding kadar kebangsaan 1.19.

“Masih terdapat 2,627 sampel yang belum mendapat keputusan ujian. Lebih membimbangkan lagi, penggunaan katil hospital dan PKPRC semakin meningkat,” katanya.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
1 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
2 jam lalu · Isu semasa
Isu harga barang, PM bidas pembangkang fitnah kata kerajaan tak peduli
2 jam lalu · Isu semasa
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok