Covid-19: Kadar kematian kalangan individu tak divaksin lebih tinggi

February 20, 2022 · Isu semasa

Kadar kematian pesakit Covid-19 dalam kalangan mereka yang tidak mengambil vaksin adalah jauh lebih tinggi berbanding mereka yang mengambil vaksin lengkap dan mendapat dos penggalak.

Menurut data Kematian per (bagi setiap) 100,000 Populasi mengikut Status Vaksinasi bagi 1 Januari hingga semalam yang dikongsi oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Twitternya, menunjukkan kadar kematian dalam kalangan pesakit berumur antara 40 hingga 49 tahun yang tidak divaksin adalah sebanyak 92.09 bagi setiap 100,000 penduduk.

Kadar itu jauh lebih tinggi berbanding kadar kematian 3.08 kematian bagi pesakit yang lengkap vaksin dan 3.18 kematian bagi kalangan pesakit yang mengambil dos penggalak bagi kategori usia yang sama, lapor Bernama.

Bagi pesakit berusia 80 tahun ke atas, kadar kematian ialah 167.06 dalam kalangan yang tidak mengambil vaksin, berbanding 119.34 kematian yang mempunyai vaksin lengkap dan 42.00 kematian bagi pesakit yang mendapat dos penggalak.

Menurut data itu lagi, kadar kematian bagi pesakit berumur 18 hingga 29 tahun yang tidak mengambil vaksin ialah 8.14 berbanding 0.98 bagi penerima vaksin lengkap dan 0 bagi pesakit yang mengambil dos penggalak.

Bagi kumpulan pesakit berusia 30 hingga 39 tahun, data tersebut menunjukkan kadar kematian adalah 14.00 bagi setiap 100,000 penduduk berbanding 1.90 kematian bagi yang menerima vaksin lengkap manakala 4.18 kematian bagi pesakit yang mengambil dos penggalak.

Data itu menunjukkan kadar kematian sebanyak 49.46 bagi setiap 100,000 penduduk dalam kalangan pesakit yang tidak mengambil vaksin, 6.62 kematian dalam kalangan lengkap vaksin dan 4.41 kematian bagi yang mengambil dos penggalak bagi kumpulan pesakit berusia 50 hingga 59 tahun.

Bagi pesakit berusia 60 hingga 69 tahun, data itu mendedahkan kadar kematian adalah sebanyak 116.20 dalam kalangan mereka yang tidak mengambil vaksin, 14.58 dalam kalangan yang telah vaksin lengkap manakala 5.60 bagi mereka yang telah mendapatkan dos penggalak.

Dalam kumpulan usia 70 hingga 79 tahun pula, kadar kematian dicatatkan adalah 74.97 dalam kalangan mereka yang tidak mendapat vaksin, 44.29 bagi mereka yang telah divaksin dan 8.16 bagi mereka yang telah mendapat dos penggalak.

Sementara itu, dalam ciapan itu Khairy berkata berdasarkan data tersebut menunjukkan keberkesanan dos penggalak menghadapi gelombang Omicron.

“Booster memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius Covid-19.

“Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di FB. Lindungi diri. Dapatkan dos penggalak,” kata Khairy.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
8 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
19 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
16 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok