Covid-19: Kabinet tentukan jika penjawat awam perlu kerja dari rumah

February 12, 2022 · Isu semasa

Kerajaan akan meneliti sama ada terdapat keperluan untuk penjawat awam bekerja dari rumah (BDR), susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang kini mencecah lebih 20,000 kes sehari.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata perkara itu perlu dibincang dan diputuskan oleh mesyuarat jemaah menteri, sebelum boleh dilaksanakan kepada 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara, lapor Bernama.

“Saya tak boleh kata apa lagi tentang ini (BDR). Tetapi kita akan teliti sebab perkara ini kena dibincang di peringkat jemaah menteri dan kita akan patuh.

“Tetapi perkara paling mustahak untuk kita (penjawat awam) ialah patuh pada prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. Ikut arahan yang diberikan pihak berwajib,” katanya di Kuala Terengganu hari ini.

Pada Mac 2020, semua pegawai awam diarah bekerja dari rumah, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 31 Mac, bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Manakala pada Mei tahun lalu, kerajaan juga memutuskan sebanyak 80 peratus daripada kakitangan awam akan bekerja dari rumah, susulan peningkatan jangkitan Covid-19.

Sejak sembilan hari lalu, jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara terus melonjak, dengan semalam sahaja sebanyak 20,939 kes baharu dilaporkan.

Berita berkaitan
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
6 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
6 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok