Covid-19: Jumlah pesakit sembuh cecah lebih dua juta

September 27, 2021 · Isu semasa

Jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang disahkan sembuh sejak Mac 2020 hingga jam 12 tengah hari tadi, kini melepasi angka dua juta kes atau 90.8 peratus daripada lebih 2.2 juta kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari tadi, seramai 16,430 pesakit sembuh menjadikan kumulatif keseluruhan 2,005,942 kes, berbanding 2,209,194 kes positif.

Pada masa sama beliau memaklumkan 19 lagi kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhannya 5,432 kluster dengan 4,267 telah ditamatkan manakala 1,165 lagi masih aktif.

Daripada jumlah kluster baharu itu, sembilan membabitkan jangkitan di tempat kerja dengan melibatkan 190 individu; lapan kluster komuniti (115 individu); satu kluster pusat tahanan di Limbang, Sarawak (14 individu); dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Johor Bahru (13 individu).

Johor dan Perak masing-masing mencatatkan dua kluster tempat kerja, manakala masing-masing satu di Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang.

Kelantan yang mencatatkan jangkitan baharu Covid-19 hari ini sebanyak 983 kes berbanding 1,206 kes semalam turut merekodkan tujuh kluster komuniti, manakala satu lagi di Sarawak.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata daripada 10,959 kes baharu Covid-19 hari ini, 807 membabitkan warganegara asing.

Daripada jumlah kes baharu itu, 205 kes atau 1.9 peratus membabitkan pesakit kategori 3, 4, dan 5; dan 10,754 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Menurutnya, seramai 980 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 862 pesakit disahkan dijangkiti Covid-19, manakala selebihnya adalah kes dalam siasatan dan disyaki mungkin dijangkiti virus itu.

Seramai 579 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, termasuk 378 kes yang disahkan dijangkiti.

Mengenai kadar kebolehjangkitan beliau berkata Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 27 September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.90.

Kecuali Pahang yang mencatat Rt 1.00, negeri-negeri lain merekodkan Rt antara 0.84 hingga 0.99.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Zahid sakit saluran kencing pula, perbicaraan hari ini berakhir awal
August 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
1 jam lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
1 jam lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
2 jam lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok