Covid-19: Jumlah kes import, kluster baharu semakin bertambah

January 20, 2022 · Isu semasa

Jumlah kluster dan kes import Covid-19 yang dikesan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi terus meningkat, menurut statistik Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Sementara, 10 negeri dan Wilayah Persekutuan pula merekodkan peningkatan jangkitan seiring kenaikan kes keseluruhan peringkat nasional daripada 3,229 kes semalam kepada 3,764 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam itu sebanyak 522 kes import dikesan melibatkan 426 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan 96 lagi membabitkan rakyat asing.

Angka itu menjadikan keseluruhan kes import sejak awal 2020 hingga hari ini sebanyak 14,467 kes. Jumlah itu meningkat setiap hari setelah kerajaan membuka semula pintu sempadan kepada semua pihak sama ada pelancong asing atau rakyat Malaysia yang hendak ke luar negara.

Pada masa sama beliau turut memaklumkan 17 lagi kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam itu, menjadikan keseluruhannya 6,272 kluster dengan 6,058 telah ditamatkan dan 214 lagi masih aktif.

Semalam, KKM merekodkan 20 kluster baharu dengan 16 daripadanya berkaitan pendidikan melibatkan 304 individu, kebanyakannya pelajar dan pelatih pusat latihan polis, disahkan positif.

Kluster berkaitan pendidikan itu dilaporkan di Johor, Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor, Sabah, dan Kedah.

Bagaimanapun, jenis dan negeri 17 kluster baharu itu dikesan hanya akan disiarkan dalam laman sesawang KKM pagi esok.

Dr Noor Hisham berkata, dalam tempoh itu juga seramai 3,254 pesakit sembuh menjadikan kumulatif pulih sebanyak 2,747,457 kes atau 97.4 peratus daripada 2,820,927 kumulatif kes positif.

“Daripada 3,764 kes baharu yang dikesan hari ini, 3,242 melibatkan penularan tempatan membabitkan 3,089 warga tempatan dan 153 rakyat asing.

“Sehingga hari ini seramai 160 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 72 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, daripada 10 negeri yang merekodkan peningkatan kes hari ini, Selangor kembali menjadi tumpuan apabila mencatat 894 kes baharu berbanding 776 semalam.

Untuk rekod, antara penyumbang jumlah kes di Selangor ialah semua kes import kerana kemasukan pengembara dari luar adalah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sehingga kini Selangor merekodkan 802,660 kes positif dengan 781,178 pesakit telah sembuh, 10,564 kes aktif dan 10,024 kes kematian.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 8,956 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 920 ditempatkan di PKRC; 664 dimasukkan ke hospital; dan 24 dirawat di ICU dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Seramai 4,782,306 atau 94.5 peratus daripada populasi penduduk di negeri itu telah lengkap divaksinasi, 4,849,408 atau 95.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 2,432,849 lagi individu menerima dos penggalak.

Bagi negeri-negeri lain yang mencatat peningkatan, Kuala Lumpur merekodkan 476 kes baharu berbanding 352 semalam, diikuti Kelantan (360 kes baharu, 295 semalam); Kedah (275 kes baharu, 259 semalam); dan Sabah (256 kes baharu, 242 semalam).

Pahang pula mencatat 244 kes baharu berbanding 170 semalam; Pulau Pinang (225 kes baharu, 147 semalam); Negeri Sembilan (218 kes baharu, 181 semalam); Melaka (167 kes baharu, 77 semalam); dan Perlis (11 kes baharu, lapan semalam).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
23 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
23 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok