Covid-19: Jumlah kemasukan ke hospital meningkat minggu lalu

July 25, 2022 · Isu semasa

Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk pada minggu epidemiologi ke-29 2022 (ME29/2022) berbanding ME 28/2022 meningkat sebanyak 18.3 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan itu melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 sebanyak 12.5 peratus, dan kategori 3, 4, dan 5, sebanyak 25.0 peratus.

Menurutnya kes positif Covid-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan peningkatan pada ME29.

“Bilangan kedatangan pesakit ke CAC juga meningkat sebanyak 28.0 peratus; manakala jumlah pesakit yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 26.9 peratus; dan bilangan kes yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital meningkat sebanyak 16.1 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, sebanyak 2,720 jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 24 Julai), lebih rendah berbanding 4,816 kes yang direkodkan pada Sabtu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,896 kes melibatkan individu yang menerima dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 510 kes (penerima dos kedua); 290 kes (individu tidak divaksinasi); dan 24 kes (belum lengkap vaksinasi).

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,648,931 kes, dengan 4,563,474 pesakit telah pulih, termasuk 4,012 yang sembuh semalam.

Sementara itu, jumlah kes aktif juga turun sedikit kepada 48,252 kes berbanding 49,547 kes pada Sabtu, dengan 46,632 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah dan 24 lagi ditempatkan di PKRC.

Seramai 1,542 pesakit kini dirawat di hospital, manakala 54 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 989 (1,418,516);
  • Kuala Lumpur – 240 (396,009);
  • Johor – 111 (388,061);
  • Sabah – 226 (379,852);
  • Sarawak – 41 (309,177);
  • Kedah – 101 (303,517);
  • Pulau Pinang – 236 (289,229);
  • Kelantan – 49 (249,220);
  • Perak – 253 (213,202);
  • Negeri Sembilan – 215 (212,250);
  • Pahang – 38 (173,647);
  • Melaka – 131 (128,448);
  • Terengganu – 24 (127,176);
  • Putrajaya – 55 (23,761);
  • Labuan – 5 (21,758); dan
  • Perlis – 6 (17,828).

Sementara itu, KKM juga melaporkan tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Dua daripada kes kematian itu dilaporkan di Perak dan satu di Selangor.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian meningkat kepada 35,914 kes, termasuk 7,625 kes BID.

Bilangan kes kematian pada ME 29/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 61.5 peratus (39 kes kepada 63 kes) berbanding ME 28/2022; dan purata kes aktif setiap hari bagi ME 29/2022 adalah 45,542 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 19.5 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Selain itu, KKM juga mengesan satu kluster baharu kategori pendidikan yang melibatkan empat kes iaitu Kluster Batu 4 Kuala Rui 2 di Hulu Perak. Sehingga kini, 16 kluster masih aktif, manakala 7,015 kluster lagi telah ditamatkan.

Berita berkaitan
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023· Isu semasa
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
Jazlan bidas Ismail Sabri dan Hasni pertikai usul tiada pertandingan jawatan Presiden
January 18, 2023· Politik
Zahid akui Muhyiddin miliki majoriti awal jadi PM, 10 SD ditandatangani MP BN: Laporan
January 11, 2023· Politik
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
11 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
12 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
12 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
21 jam lalu · Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok