Covid-19: Jangkitan baharu di Langkawi turun sedikit, kes aktif naik

Empat puluh dua lagi jangkitan baharu direkodkan di Langkawi, dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan keseluruhan kes aktif di pulau peranginan itu kini mencecah 649 kes.

Mukim Kuah mencatatkan jangkitan tertinggi hari ini dengan 17 kes, diikuti 15 kes di Air Hangat, Bohor (tujuh kes), dan masing-masing satu di Ulu Melaka, Kedawang dan Padang Matsirat.

Mukim Kuah terus mengekalkan kes aktif tertinggi sebanyak 262 individu diikuti Air Hangat (138); Ulu Melaka (89); Padang Matsirat (83); Bohor (44); dan Kedawang (33).

Pada masa sama 32 pesakit juga dilaporkan sembuh menjadikan keseluruhannya 4,242 kes sembuh dilaporkan di Langkawi.

Langkawi yang dibuka semula kepada pelancong di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula 16 September lalu merekodkan 53 kes baharu semalam.

Polis Daerah Langkawi juga terus melakukan pemantauan di beberapa pusat tarikan pelancongan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam usaha mencegah penularan Covid-19.

Anggota polis derah Langkawi melakukan pemeriksaan ke atas orang ramai bagi memastikan mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.

BERITA BERKAIT
POPULAR