Covid-19: Cegah peningkatan kluster pendidikan

January 28, 2022 · Isu semasa

Penularan Covid-19 yang melanda sekolah berasrama penuh dan sekolah harian di beberapa buah negeri sejak beberapa hari lalu menjadikan lokasi gelembung selamat itu mulai bocor dan semakin ramai pelajar mula dijangkiti virus berbahaya itu.

Jumlah kluster pendidikan Covid-19 yang dikesan sejak 1 Januari lalu terus mencatat peningkatan, apabila 13 lagi kluster baharu manakala lebih 800 pelajar sekolah berasrama yang disahkan dijangkiti Covid-19 setakat 18 Januari lalu.

Keadaan itu membuktikan kemasukan orang luar ke dalam kawasan sekolah dan asrama menjadi punca utama penyebaran virus kerana umum mengetahui setiap pelajar yang ada di situ telah di­saring terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk.

Selain itu, tindakan sesete­ngah pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak menjaga penjarakan fizikal, enggan memakai pelitup muka dan gagal menggunakan cecair pembasmi kuman ketika berada di sekolah atau asrama juga antara punca penularan Covid-19.

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Kesihatan Keluarga) Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Rosnah Sutan, walaupun sekolah dibuka secara berperingkat mulai Oktober tahun lalu.

Katanya, ibu bapa dan guru-guru seharusnya berusaha meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebaik mungkin jika mempunyai talian Internet dan peranti di rumah.

Dr Rosnah berkata, Generasi Z (Gen-Z) mudah untuk membuat adaptasi dengan kreativiti yang dilihat menarik mereka untuk terus berada di platform PdPR.

“Pembelajaran digital adalah pembelajaran terkini akan terus berkembang di masa akan datang.

“Sebaiknya kita disiplinkan anak untuk meneruskan PdPR ini selama kita berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Peranan ibu bapa amat penting untuk terus memastikan kesihatan anak bersekolah untuk tidak terdedah kepada persekitaran luar rumah yang masih berpotensi tinggi untuk jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, golongan muda termasuk kanak-kanak, remaja dan belia selalu dianggap mempunyai daya tahanan badan yang baik.

“Namun mereka masih muda untuk menanggung impak jika terkena jangkitan Covid-19 yang mana berpotensi untuk merana akibat komplikasi dan hidup sebagai penyakit kronik ‘long Covid’ walaupun dalam peratusan yang kecil,” katanya.

Turut mengulas insiden itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, siasatan rapi perlu dilakukan segera.

Menurut beliau, siasatan perlu melibatkan pakar bebas yang dilantik daripada luar kementerian demi memastikan hasil siasatan tidak bias jika hanya melibatkan siasatan dalaman.

“Apa yang kita lihat jangkitan telah ‘menjalar’ di beberapa negeri dan dan bilangannya bertambah. Siasatan bebas dan profesional perlu dilakukan segera dengan cepat dan pantas.

“Kita mahu tahu punca sebenar bagaimana Covid-19 boleh menular dalam kalangan pelajar di sekolah berasrama supaya dapat dibendung,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok