Covid-19: 88 kematian semalam

October 15, 2021 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam Khamis, 14 Oktober 2021, meningkat kepada 88 kes berbanding, 68 kes yang direkodkan pada Rabu.

Angka itu menjadikan kumulatif sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu kepada 27,681 kes, termasuk 5,590 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID).

Daripada jumlah kematian baharu semalam, Sarawak mencatat kes kematian tertinggi membabitkan 19 pesakit berbanding, 16 yang dilaporkan pada Rabu, menjadikan keseluruhannya sejak awal tahun lalu kepada 1,060 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Johor dan Sabah masing-masing merekodkan 15 kes kematian, diikuti Perak (lapan kes); Selangor (tujuh); Kelantan (enam); Pulau Pinang (lima); masing-masing empat di Kedah dan Kuala Lumpur; Terengganu (dua); dan masing-masing satu di Melaka, Pahang, dan Putrajaya.

Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis dan Labuan.

Sehingga semalam juga sebanyak 101,587 kes aktif direkodkan, turun berbanding 106,047 yang dilaporkan pada Rabu.

Daripada jumlah itu 78,414 individu menjalani kuarantin di rumah, 14,975 dirawat di PKRC, hospital (7,496 pesakit), dan 702 dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 367 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, hanya empat negeri merekodkan jumlah kes aktif lima angka iaitu Sarawak sebanyak 16,468 kes, diikuti Selangor (15,332 kes); Johor (12,033 kes); dan Sabah (10,286 kes).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet
August 2, 2022· Dunia
Popular
RM93,300 untuk belanja sambutan hari jadi isteri Zahid, kata saksi
August 10, 2022
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
August 10, 2022
Peguam baharu Najib tarik diri jika kes rayuan diteruskan: Laporan
August 10, 2022
Hishammuddin sokong dedah laporan audit forensik kapal LCS
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hishammuddin perlu jawab tiga persoalan isu kapal tempur TLDM
3 jam lalu · Isu semasa
Bot karam di Pulau Redang: Tiga nelayan lemas, dua masih hilang
4 jam lalu · Isu semasa
RON97 turun lagi 10 sen
4 jam lalu · Isu semasa
Hishammuddin sokong dedah laporan audit forensik kapal LCS
6 jam lalu · Isu semasa
Saksi beritahu tak siasat VIP lain didakwa terima wang UKSB
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
9 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok